Memalukan!!! Zulaiha dituduh guna kekerasan jenayah

Memalukan!!! Zulaiha dituduh guna kekerasan jenayah

Kes kekecohan yang berlaku semasa sesi temubual antara pimpinan Amanah Teluk Intan dan Jawatankuasa Disiplin parti pada tahun lalu mengheret kepada pertuduhan di mahkamat ke atas Zulaiha Mohd Azam.

Kejadian yang berlaku di Hotel Revertel, Jalan Changkat Jong Teluk Intan itu membawa kepada pertuduhan ke atas Zulaiha di Mahkamah Majistret Teluk Intan.
Pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Adilah Mokhtar.

Zulaiha dituduh mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau dengan denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Untuk rekod, Zulaiha pernah dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti atas kesalahan memalsukan dokumen dengan menggunakan maklumat peribadi sebilangan besar individu dalam mendaftarkan cawangan parti di sini.

Beliau juga dilaporkan telah diambil tindakan disiplin oleh parti atas kesalahan tersebut.