“Member baru lepas break up tu, tengah layan perasaan” – Gelagat kucing termenung atas bumbung kereta buat ramai sayu

“Member baru lepas break up tu, tengah layan perasaan” – Gelagat kucing termenung atas bumbung kereta buat ramai sayu

 

Kucing memang mempunyai satu hobi iaitu kebanyakan kucing suka duduk di atas kereta.

Jadi walaupun pemilik kucing ini ada yang sayangkan kereta tetapi ada yang lagi sayangkan kucing berbanding dengan kereta mereka dan biarkan sahaja kucing melepak atas bumbung kereta.

Terkini, telah tular satu rakaman video mengenai seekor kucing yang termenung di atas sebuah kereta, betul-betul menghayati perasaan pulak si comel itu kan.

Gelagat comel kucing itu yang sedang mengelamun membuatkan video itu tular di aplikasi Tik Tok.

Perkongsian video itu memaparkan pemilik kucing itu yang sempat merakam gelagat comel kucingnya itu yang seperti mempunyai masalah besar sambil baring di atas bumbung kereta miliknya.

Mungkin banyak masalah besar yang difikirkannya.

Gelagat si comel itu telah ditonton oleh warganet sebanyak 20 ribu lebih tontonan dan berpuluh lagi komen. Aks1nya yang seperti baring di atas kereta itu memang lawak betul. Macam kucing yang putus cinta pun ada jugak kan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gelagat selamba kucing,

Malah ada yang turut geli hati dengan gaya kucing luar biasa yang ditunjukkan kucing itu seperti memikirkan masa hadapan yang tidak diketahuinya.