Memoir Tommy Thomas: Pemimpin UMNO hairan kenapa DAP senyap sepi?

Memoir Tommy Thomas: Pemimpin UMNO hairan kenapa DAP senyap sepi?

Motif penerbitan buku memoir Tan Sri Tommy Thomas dipersoalkan kerana ia penuh fitnah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi bertanya benarkah penerbit buku tersebut merupakan ahli pemikir kepada DAP.

Ini kerana ketika semua pihak mengecam buku memoir Tommy yang didakwa bertentangan dengan Seksyen 26, Akta Keterangan 1950l, selain didakwa melanggar  Akta Rahsia Rasmi (OSA), DAP satu-satunya pihak yang terus senyap sepi.

Malah, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng juga tidak bersuara.

Katanya, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang bersungguh-sungguh pertahankan Tommy kerana baginya pendedahan dalam buku memoir itu tidak terikat kepada Seksyen 126 Akta Keterangan 1950.

”Tetapi DAP satu satunya pihak yang terus senyap sepi, bisu dan tidak beri komen. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga tidak bersuara. Kenapa?

”Apakah memoir ini ditulis ikut telunjuk pihak tertentu sampai menghina Allahyarham Tun Razak. Lim Guan Eng pula dianggap suci bersih,” soal Mohd Puad.

Tambahnya, sepatutnya Tommy didakwa kerana menghina keputusan Hakim Mahkamah Koroner berhubung kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim selepas menyatakan kes itu tidak masuk akal.

“Dalam kes Arun Kasi, dia telah didakwa oleh Tommy kerana mengkritik penghakiman Mahkamah Persekutuan. Kenapa double standard?,” kata beliau lagi.

Mohd Puad berharap pasukan peguam UMNO akan mengkaji buku tersebut, jika terdapat unsur fitnah dan penghinaan terhadap UMNO, Tommy wajar disaman. – MG