Menangis & angguk faham pertuduhan dibaca, Lans Koperal rayu nak lawat kubur isteri yang maut ditembak

Menangis & angguk faham pertuduhan dibaca, Lans Koperal rayu nak lawat kubur isteri yang maut ditembak

 

Pada 5 Mac lalu, seorang polis berpangkat Lans Koperal mengejutkan ramai apabila isterinya, Safsufarnisya Salleh yang hamil 5 bulan ‘tewas’ di tangannya sendiri dengan cara menyayat hati.

Pastinya, ahli keluarga lain termasuklah pihak mentua amat hiba memandangkan tertuduh digambarkan sebagai seorang yang amat baik sebelum ini.

Mentua sudah maafkan menantu walau anak & cucu pergi selamanya

Mengikut penjelasan ibu mentua iaitu Che Mas, setahunya menantu dan anak perempuannya (isteri) mempunyai kehidupan bahagia serta tiada berlaku masalah pertengkaran.

Walaupun terkejut, Salleh Elizan selaku bapa mentua pasrah menerima takdir pilu itu dan sudah memaafkan Mohamad Nizarman Hassim (27 tahun).

Saya nak cakap satu sahaja…Saya nak lawat kubur bini (isteri) saya

Dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, Nizarman yang tidak diwakili mana-mana peguam dikatakan mengesat air mata dan menjawab “faham” selepas pertuduhan dibacakan.

Apabila dibawa keluar dari kandang pesalah, tertuduh cuma berkata mahu menziarahi kubur Safsufarnisya.

Menantu alami kemurungan sejak Raya Aidiladha yang lalu

Pengarah Pendakwaan Negeru turut memohon pertimbangan kepada mahkamah agar Muhammad Nizarman dihantar mendapatkan saringan dan penilaian kesihatan di sebuah pusat rawatan psikiatri.

Terdahulu, Che Mas juga pernah dedahkan menantunya mengalami episod kemurungan sehingga bertindak melakukan hal berikut :

1) Memandu kereta tanpa destinasi sehingga minyak habis & tersadai atas highway.

2) Solat tepi lebuh raya & menangis tanpa sebab.