Menantu Dato’ Siti Nurhaliza bergaduh dengan netizen guna bahasa kesat

Menantu Dato’ Siti Nurhaliza bergaduh dengan netizen guna bahasa kesat

Sebelum ini, pelakon jelita Izara Aishah telah memuat naik hantaran di laman Twitter meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan sesetngah pihak mengenai isu anak kepada selebriti usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Menerusi hantaran tersebut, Izara berkata dia berasa jijik dengan manusia yang bertindak mencaci, mengutuk dan menghina anak kecil.

Susulan itu, pelakon berusia 30 tahun itu sekali lagi menjadi perhatian apabila dilihat ‘berperang mulut’ dengan netizen di laman Twitter.

Difahamkan, ada segelintir netizen yang mendakwa Izara sering mempertahankan rakan-rakan artis kerana ingin menjadi hero untuk setiap isu yang sedang hangat sebagai tindakan publicity stunt.

Bukan itu sahaja, netizen juga mempersoalkan tindakan Izara kerana menggunakan bahasa kesat terhadap teguran yang dilakukannya.

Tidak berdiam diri, Izara mengakui dia sedar dengan setiap perkataan yang dilemparkan dari mulut dan apa sahaja yang diperkatakan secara dalam talian mahupun luar talian.

Dalam hantaran lain, menantu kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza itu turut meluah rasa berang apabila ada individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

Namun, hantaran tersebut dipercayai sudah dipadam dan tidak dapat dipastikan butiran fitnah yang dinyatakan oleh individu tersebut.

Sumber – BeautifulNara