Mengalir air mata tengok 5 beranak naik satu motor, redah lebih 300km dari Temerloh ke Terengganu demi mencari rezeki

Mengalir air mata tengok 5 beranak naik satu motor, redah lebih 300km dari Temerloh ke Terengganu demi mencari rezeki

“Tapi kali ini pertama kali saya jumpa orang bawa motor lima beranak dengan baby lagi. Saya berhenti tanya, dari mana. Dia beritahu dari Temerloh, datang Terengganu sebab nak pergi tempat kerja.

“Terkejut saya, dari Temerloh dengan anak-anak lagi. Tak boleh bayang lenguh tangan mak dia dukung baby atas motor,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

Tidak sampai hati melihat kepayahan pasangan berkenaan, Syahmi menawarkan diri untuk menumpangkan dua anak mereka menaiki motosikal bersamanya.

Bagaimanapun katanya, pasangan berkenaan menolak pelawaan tersebut dan meneruskan perjalanan.

“Saya kejar lepas tu berhenti pula di depan dia. Tanya dia okay tak? Tawar sekali lagi nak tolong bawa anak dia.

“Sekali lagi dia senyum sambil kata ‘takpe bang… takpe bang’. Lepastu mereka berlalu. Dengan tengah hujan lagi, dengan lori-lori besar lalu.

“Saya tak sedap duduk rasanya. Saya follow motor dia daripada belakang takut jadi apa-apa. Sambil follow, teringat pula macam mana susah payah mak ayah saya jaga saya dulu-dulu,” katanya sambil menambah, lelaki tersebut datang untuk bekerja di sebuah restoran.

Allahuakbar… dalam kita duk mengeluh, Dia jentik menerusi (kisah) ini. Terus datang rasa bersyukur.

Sedikit terkilan kerana tidak dapat membantu lima beranak tersebut sehingga tiba ke destinasi mereka, Syahmi berkata dia sempat berjanji untuk berkunjung ke restoran tempat lelaki berkenaan bekerja kelak.

“Saya doakan anak-anak abang motor ni jadi anak soleh solehah, jaga mak ayah elok-elok apabila besar nanti.

Posting ini sebab mahu mohon anda semua doakan keluarga abang ni semoga dipermudahkan urusan,” ujarnya lagi.

Sehingga kini hantaran tersebut meraih 898 shares selain dibanjiri ratusan komen netizen.

Rata-ratanya tersentuh hati dengan kegigihan pasangan berkenaan mengharungi kepayahan bersama-sama demi mencari rezeki untuk anak-anak mereka.

komen motor

Netizen meluahkan rasa simpati terhadap lima beranak tersebut.

Malah, ada juga yang mahu menyalurkan bantuan buat lima beranak berkenaan.

“Mari kita pakat-pakat bagi duit RM10 atau RM20 seorang belikan kereta untuk abang tu. Yang mampu boleh beri lebih.

“Esok ada rezeki insya-Allah nak pergi tengok. Mana tahu boleh jumpa akak tu dengan anak-anak.

“Allahuakbar… dalam kita duk mengeluh, Dia jentik menerusi (kisah) ini. Terus datang rasa bersyukur. Moga dipermudahkan segala urusan abang ni dan keluarga termasuk tuan posting,” demikian antara komen netizen.