Mengejutkan!!! Khairy Jamaluddin enggan ambil suntikan vaksin

Mengejutkan!!! Khairy Jamaluddin enggan ambil suntikan vaksin

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan beliau tidak akan mengambil suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

Sebaliknya, beliau akan menjadi orang pertama mengambil vaksin yang akan diluluskan selepas ini.

Menurutnya, tidak kiralah vaksin itu Sinovac atau Sputnik V, mana yang diluluskan terlebih dahulu, itulah yang beliau akan ambil.

“Saya lihat perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan banyak kenamaan lain seperti menteri besar telah terima vaksin (Pfizer-BioNTech).

“Jadi rakyat sudah semakin yakin (dengan Pfizer) sekarang.

“(Jadi) saya akan ambil vaksin yang akan diluluskan seterusnya.”

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena ketibaan bekalan kedua vaksin COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu. – AA