Mengenang Lim Kit Siang, dari sisi pandang Dr. Agus

Mengenang Lim Kit Siang, dari sisi pandang Dr. Agus

MENGENANG LIM KIT SIANG: SEDIKIT CATATAN

1. Mengenang Lim Kit Siang, saya teringat tahun 1981. Di kantin parlimen, beliau bertanya saya, apa itu politik? Saya bagitahu apa yang Harold Lasswell kata, iaitu politik adalah tentang siapa mendapat apa, bila dan bagaimana?

2. Beliau tegaskan itu tidak tepat. Katanya, politik adalah komitmen.

3. Semasa BN menguasai parlimen dengan dua pertiga majoriti, tidak ada media sosial, tidak ada gabungan pembangkang, ada ISA yang menyekat, beliau membangunkan DAP sehingga akhirnya bersama dengan PH berjaya membentuk kerajaan pada tahun 2018.

4. Kejayaan ini tentulah kerana komitmennya—konsisten, tabah, kuat, dan berdaya tahan dalam mempertahankan prinsip perjuangan sehingga akhirnya diterima rakyat.

5. Semua perjuangannya kini tinggal kenangan. Pada 20 Mac 2022, dalam kongres DAP di Shah Alam, di usia 81 tahun dan telah bersama DAP selama 56 tahun, beliau mengumumkan persaraannya dalam politik.

6. Selepas pengumumannya, ada mengesyorkan kerajaan memberikan penghormatan kepada beliau. Bagi saya, sama ada Kit Siang diberi gelaran atau tidak, beliau adalah antara ahli politik terbaik dan gentleman yang pernah Malaysia ada.

7. Beliau bersara dengan zero kes pecah amanah dan menipu. Pada tahun 2018, beliau mempunyai peluang untuk menyertai kabinet, tetapi memilih untuk berada di luar.

8. Legasi beliau sebagai ahli politik akan tetap segar. Beliau mempertahankan apa yang beliau yakini benar untuk kesejahteraan dan keadilan rakyat, tanpa takut dan gentar. Ketahanannya menghadapi cabaran dan tekanan telah mengajar saya apa itu maksudnya “never give up.”

9. Bagi saya, jikalah hanya 10% daripada pemimpin kita mempunyai prinsip, integriti, akauntabiliti seperti Lim Kit Siang, Malaysia sudah menjadi antara negara termaju di dunia hari ini. Malangnya, inilah yang sukar kita cari dalam kalangan pemimpin yang ada.

10. Apakah LKS Kit Siang tidak ada kesilapan politik? Ada. Satu yang saya jelas ialah beliau tidak menegur Tun Mahathir apabila Tun menyatakan manifesto bukan kita suci. Inilah kekecewaan pertama rakyat pada kerajaan PH. Kedua, beliau berjanji untuk meletakkan jawatan jika Tun tidak menyerahkan jawatan PM kepada DSAI. Malangnya, ini tidak terjadi biarpun Tun tidak menyerahkan jawatan itu pada DSAI sehinggalah berlakunya Langkah Sheraton. Ya, akhirnya beliau meletakkan jawatan, tetapi setelah 24 bulan lewat. Ketiga, beliau tidak menegur beberapa dasar kedekut kerajaan PH yang meresahkan rakyat.

11. Selain kesilapan di atas, Lim Kit Siang boleh berdiri tegak untuk menjadi a living model of integrity, loyalty and fortitude for young true politicians to emulate. Falsafah politik beliau tentang keadilan sosial, reformasi ekonomi, dan fairness adalah menarik dan perlu diteruskan oleh pemimpin baharu selepas ini.

12. Falsafah politik inilah yang turut diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin besar negara kita seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail, Seenivasagam brothers, Tan Chee Khoon, Ustaz Fadzil Noor, dan Dato Nik Aziz yang sehingga kini dikenang rakyat with total respect and great affection.

13. Akhirnya, bagi saya menilai perjalanan politik Lim Kit Siang, beliau telah membuktikan apa yang telah beliau katakan pada saya 41 tahun dahulu—politik itu komitmen. Beliau adalah seorang pemimpin yang very inspiring to this beloved country we called Malaysia.

14. Beliau mungkin bukan Tan Sri dan bukan Tun, tetapi beliau telah mendemokrasikan politik Malaysia.

Sumber – FB Mohammad Agus Yusoff