Meniru gaya menteri agama, aksi jelingan kucing ini undang tawa di media sosial

Meniru gaya menteri agama, aksi jelingan kucing ini undang tawa di media sosial

Selain makan dan bermain, waktu tidur kucing juga tidak disangka-sangka boleh menghiburkan netizen melihatnya dan pasti anda pernah melihat ada si comel yang jenis tidur tidak peduli dengan keadaan sekeliling.

Malah suka memilih tempat tidur yang selesa seperti tempat tinggi atau seperti kucing yang tular diruangan TikTok ini apabila dilihat sedang asyik tidur di atas katil.

Selain rakaman kucing itu membuatkan ramai netizen yang melihat berdekah dalam pada masa yang sama mereka juga menghujani ruang komen dengan pelbagai reaksi lucu kerana cukup terhibur melihat jelingannya.

“Kemain dia menjeling”

“Eeee perangai la dia hahaha. Jeling- jeling gitu hehehe”

“Kucing aku pun suka berlakon tidur…”

Walau bagaimanapun, video itu bukan membuatkan rasa ‘cair’ netizen kerana kucing itu sedang terlena namun sebenarnya terdapat kejadian lucu yang sempat dirakam oleh seorang individu yang dipercayai tuannya.

Pengguna TikTok atas nama Jojo & Yugi ini menerima ribuan tanda suka daripada netizen apabila video yang dimuat naik olehnya menarik perhatian umum dengan ribuan mata menonton telatah kucing miliknya.

Lebih menarik perhatian dan mengundang ramai berdekah dalam video itu kerana memaparkan telatah kucing itu yang sebenarnya berpura-pura tidur. Malah jelas kelihatan daripada dekat, mata kucing terbabit yang menjeling jauh.