Menteri kanan didakwa halang Kor Ming pengerusikan sidang parlimen

Menteri kanan didakwa halang Kor Ming pengerusikan sidang parlimen

Sebuah akhbar Cina melaporkan bahawa seorang “menteri kanan kabinet” menghalang anggota parlimen Pembangkang, Nga Kor Ming dihalang daripda mempengerusikan sesi petang persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Sin Chew Daily, Nga telah diundang, secara bertulis, untuk mempengersikan sidang itu oleh speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Laporan itu mendakwa bahawa keputusan berkenaan ditarik balik susulan “tekanan” daripada “menteri kanan kabinet” tersebut yang menghubungi speaker pada jam 1.50 tengah hari tadi ketika wakil rakyat sedang berehat rehat.

Berikutan itu, Azhar mempengerusikan sidang Dewan Rakyat yang bermula pada jam 2.30 petang.

Lazimnya, speaker Dewan Rakyat dibantu oleh dua timbalan secara bergilir.

Ketika ini, terdapat satu kekosongan jawatan timbalan speaker. Juga bukanlah sesuatu perkara luar biasa bagi mana-mana anggota tetap Dewan Rakyat untuk mempengerusikan sidang berkenaan.

Rabu lalu, Azalina Othman Said (BN-Pengerang) diundang untuk mempengerusikan persidangan “sementara”.

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Nga mengesahkan bahawa dia menerima undangan daripada Azhar pada sebelah pagi dan telah menyatakan kesediannya.

Dia tidak mengulas lanjut.

Malaysiakini sedang mendapatkan ulasan daripada Azhar dan “menteri kanan kabinet” yang dikatakan terlibat itu.

Dewan Rakyat sepatutnya memilih seorang timbalan speaker baru Selasa lalu.

Proses itu bagaimanapun ditangguhkan sehingga persidangan berikutnya pada bulan Oktober, bagi meminda Perlembagaan Persekutuan supaya jawatan timbalan speaker ketiga dapat diwujudkan.

Sumber – Malaysiakini