Menteri Pas setuju kutipan duti eksais arak disekalikan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan?

Menteri Pas setuju kutipan duti eksais arak disekalikan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan?

Sehari dua ini, suhu politik negara menjadi sedikit panas dengan pengumuman yang dibuat MB Kedah dalam isu penutupan kedai judi di seluruh Kedah termasuk Pulau Langkawi.

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam kenyataan terbarunya berkata tidak akan berganjak dengan keputusan tersebut sekalipun didesak Azmin, MCA dan MIC agar dikaji semula bagi mengelakkan timbul salah faham terhadap kaum bukan Islam di negara ini.

Tindakan kerajaan Kedah itu juga mendapat sokongan daripada rakyatnya yang berkiblatkan parti Pas, dan agamawan-agamawan yang sekian lama cenderung dengan kefahaman perjuangan parti tersebut meskipun terpaksa berselindung di sebalik gelaran pendakwah bebas dan pensyarah IPT.

Malah, Mufti Pahang sendiri menyatakan sokongan secara terbuka terhadap keputusan tersebut sedangkan negerinya sendiri yang memiliki ‘ibu segala pusat perjudian’ seakan tidak berminat mengikut jejak kerajaan Kedah itu.

Namun hari ini, sikap hipokrasi pemimoin Pas dilondehkan dengan kenyataan mengejutkan oleh Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa ketika menjawab soalan samada kerajaan bercadang mengasingkan kutipan hasil duti eksais produk minuman keras daripada Kumpulan Wang Disatukan yang diamalkan sekian lama kerajaan persekutuan ketika ini.

Dalam jawapannya, Timbalan Menteri tersebut berkata bahawa kerajaan belum mempunyai sebarang keputusan setakat ini berhubung cadangan supaya mengasingkan kutipan hasil duti eksais produk minuman keras daripada Kumpulan Wang Disatukan.

“Ketika ini duti eksais yang lain seperti duti kenderaan bermotor, rokok dan produk tembakau serta produk minuman bergula, dan juga kutipan duti eksais bagi produk minuman keras dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan, digunakan untuk menampung perbelanjaan kerajaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, seperti dilaporkan portal akhbar Malaysiakini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) mengenai sama ada kerajaan bercadang untuk mengasingkan wang cukai daripada minuman keras daripada Kumpulan Wang Disatukan dan hanya digunakan untuk projek pembangunan bagi golongan bukan Islam.

Yamani Hafez berkata pada 2010 sehingga September 2021, kerajaan mengutip sebanyak RM20.11 bilion duti eksais daripada produk minuman keras dengan purata kutipan tahunan RM1.68 bilion.

“Kutipan duti eksais ini melibatkan semua jenis produk minuman keras yang diimport dan dikilangkan di negara ini,” katanya.

Daripada jawapan yang diberikan menteri, jelaslah bahawa menteri-menteri Pas yang duduk di dalam kabinet sekarang ini tidak pernah langsung membangkitkan isu pengasingan hasil dari sumber haram ini tetapi dalam masa yang sama begitu gembira dengan usaha kerajaan Kedah mengharamkan kedai judi.

Manakala Menteri Agama yang dilihat memiliki karekter yang keras dan konsisten terhadap isu melibatkan kepentingan Islam seakan hanya berminat untuk bergaduh dengan wanita sahaja.