Menyayat hati, isteri temukan suami tergantung tidak bernyawa

Menyayat hati, isteri temukan suami tergantung tidak bernyawa

Seorang lelaki ditemukan mati tergantung di kediamannya di sebuah flat di Bidor, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 9.22 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, lelaki berusia 39 tahun itu telah diturunkan oleh jiran setelah dimaklumkan isteri mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba untuk memberi bantuan sejurus selepas kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat. Siasatan kes dijalankan di bawah laporan mati mengejut,” katanya.

Sumber – UtusanMalaysia