Menyedihkan, kucing malang ditemui lemah seluruh badan dipenuhi cat putih
Pengguna yang menggunakan nama @izzat_bashir itu telah berkongsikan beberapa keping gambar kucing tersebut beserta sebuah video.
Berdasarkan gambar-gambar tersebut, badan kucing berkenaan jelas kelihatan dipenuhi cat dari kepala sehingga ke ekornya.
Selain itu, kucing tersebut juga kelihatan sangat lemah dan tidak bermaya kerana mungkin sudah kepenatan diperlakukan seperti itu.
“Sapa-sapa pun, kalau tak suka binatang, jangan la zalim. Buang la dia dekat tempat lain ke apa ke. But jangan la buat aniaya macam ni. Kesian.
“Haih aku tak sampai hati la. Anyway aku dah inform pihak berkenaan untuk uruskan. Haih,” tulis lelaki itu di laman Twitternya sambil mengeluh.
Kucing telah dibersihkan dan berada dalam keadaan selamat
Dalam perkembangan terbaru lelaki tersebut, kucing itu akhirnya telah dibersihkan dan dimandikan.
Bagaimanapun, kucing itu masih berada dalam keadaan lemah dan hanya terbaring kepenatan.
Menurut lelaki tersebut, kucing tersebut seakan dianiaya oleh seseorang. Ini kerana semasa ia dijumpai, kucing tersebut didapti dibalut dengan plastik dan dibuang di dalam longkang.
Perkongsian lelaki itu dengan pantas telah mendapat reaksi daripada pengguna laman tersebut. Mereka juga telah meninggalkan komen mereka berkenaan perkongsian tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Ya Allah, mana isi hati perut sebagai manusia. Kejamnnya,” tulis seorang netizen yang kasihan kepada kucing tersebut.
“Boleh selamatkan lagi tu, kalau cat kena basuh dengan air cepat-cepat, then keringkan & selimutkan dia,” tulis seorang netizen yang mengambil berat.
“Allahuakhbar. Semoga dipermudahkan urusan,” tulis seorang netizen mendoakan kepada lelaki yang membantu kucing tersebut.
Untuk makluman, tindakan menzalimi haiwan adalah satu kesalahan jenayah.
Mereka yang melakukan perbuatan menzalimi haiwan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut perenggan 44(1) hingga (g).
Di mana, jika disabitkan bersalah individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Perkongsiannya itu mengundang rasa marah orang ramai yang menyifatkan pelaku tersebut kejam dan tidak berhati perut.
“Semoga siapa yang aniaya binatang, neraka tempat dia kat akhirat nanti,” komen Nis.
“Dia simbah cat? Apa kejam sangat manusia ni?,” soal Hafiz.
“Dah la tengah sensitif, tengok macam ni nangis terus,” ujar Qa.
“Jujur ya aku tak suka sangat kucing, tapi tak ada la sampai hati aku nak buat macam ni,” luah seorang lagi pengguna.