Merancang dapatkan Perodua Alza 2022, ini perkara penting yang perlu anda tahu

Merancang dapatkan Perodua Alza 2022, ini perkara penting yang perlu anda tahu

Haritu pergi showroom Perodua, saja nak tengok depan depan Alza baru ni setelah menyirap tengok Perodua duk release sikit sikit waktu promote awal awal. Haha.

Kita nak tengok full body, ni asyik tunjuk sikit sikit eii geram tau. Tak pernah rasa gitu. Tak tahulah kenapa, aura jatuh cinta barangkali? Kahkah.

Okelah bila kata dah ada dekat showroom je saya terus ajak puan isteri pergi tengok.

First masa sampai, mata saya terus terpana bahagian depannya,

“Uih lawa depannya, ala ala futuristic.” Kata saya pada puan isteri.

Menarik betul tengok grill depan dia, kalau yang spec advance memang berkilat kilau mat kilau gitu. Kalau spec basic atau medium bagi saya biasa je lah sebab warna dia mate gitu. Nampaklah plastiknya tu.

Setelah saya kata bentuk luar lawa, puan isteri angguk saja.. kita faham orang perempuan ni bukan kisah mana bab luar, yang penting bahagian dalam tu selesa ke tak untuk deme.

So terus saya belek bahagian dalam, first impression memang wow juga sebab

1. Saya rasa takde masalah bab nak letak botol air. Dari depan sampai kebelakang, kiri dan kanan semua ada tempat letak air. Payah Shopee Affiliate macam saya nak promote add on cup holder ni. Kahkah.

2. Ada aircond untuk orang belakang. Ini serius menarik jiwa. Untuk harga bawah 100k ada dapat aircond belakang ni memamg ngam sungguhlah. Cuma reka bentuk atau susunan dia je saya tak kenan. Udah macam masuk van travel Thailand. YTJT lah. Malas explain. 55555

3. Oke ini satu ciri yang saya salute. Alza baru ni dia sediakan tempat cas untuk semua orang weyh! Kalau bahagian penumpang depan siap ada poket untuk letak hp bila cas. Dan orang belakang sekali pun boleh cas hp dengan tenang sambil layan aircond. Geram ke geram? Haaa.

4. Bagi yang ada anak ramai sikit, atau nak bawak family atau korang nak layan ala ala caravan. Bawah 100k punya Alza ni dah sediakan ciri ciri untuk semua. Ruang dalam dia untuk orang tengah dan belakang sekali memang ngam untuk santai. Tapi kalau tengah drive saya tak galakkanlah untuk buat macam camping. Safety first okeh! Ni kalau port tepi pantai ke bolehlah. Seat dia kalau semua turun fuh, peti ais pun muat weyh. Huhu.

5. Ada airbag untuk semua orang. So untuk ciri keselamatan, bagi saya ini pun dah tip top. Oke kan? Tinggal kena pakai seatbelt je lah nanti.

So kesimpulannya, saya rasakan Alza baru ni berbaloilah untuk sesiapa yang nak mencari family car kerana menepati ciri ciri khas keselesaan zahir dan batin. Gituh..

Bagi teknologi macam push start button, button handbrake, system alert, android ni semua lebih kepada teknologi, bergantung orang tu nak ke tak. Yang penting ciri utama macam ruang tu lebih diutamakan.

Tapi lebih teruja advance sikit Alza ni ada cruise weyh, set je kelajuan nak berapa lepas tu dah boleh lepas. Control stereng je. Memang superblah orang kata. Nak drive jauh pun orang kuala kata ‘steady’ sungguh.

Harga bermula RM64k++ untuk basic sehingga RM77K ++ untuk advance. So choose wisely.

Kalau ada kenalan korang yang duk berbelah bagi nak beli ke tak, tunjuk je post ni. Untung untung dapat korang naik. Hshshshs

Last but not least, Alza baru ni not bad. Worth it. Serius. Ahh jatuh cinta ni. Kan bagus kalau ada kat rumah sebiji. Kahkah.

Sumber : FB Saiful Bahari