Meski berdepan isu kontroversi, Nadir tenang berkongsi kisah divaksin kali pertama di Gaza

Meski berdepan isu kontroversi, Nadir tenang berkongsi kisah divaksin kali pertama di Gaza

Alhamdulillah, 1st dose Moderna selesai untuk saya dan seluruh staf Wisma Malaysia semalam.

Ramai yang bertanya situasi COVID-19 di Gaza maka saya berkongsi sedikit :

1. Situasi COVID-19 tidaklah terlalu membimbangkan memandangkan pergerakan keluar-masuk penduduk dari Gaza sangat terhad bermakna penyebaran jangkitan dari luar minimal.

2. Semasa perang 11 hari Saiful Quds, SOP diringankan kerana penduduk meletakkan keutamaan menyelamatkan nyawa dari roket dan bom serta menyelamatkan nyawa mangsa perang. Selepas perang SOP masih diringankan kerana penduduk terlalu sibuk membangunkan semula Gaza.

Ketika perang, Kementerian Kesihatan yang sebelumnya mengiklankan jumlah positif COVID-19 setiap hari beralih mengiklankan jumlah syuhada’ yang terkorban dan cedera setiap hari. Walaubagaimanapun, saf solat di masjid sehingga kini masih lagi dijarakkan.

3. Hari ini SOP mula diketatkan semula bila mana kebenaran masuk ke sebahagian pusat membeli-belah diwajibkan memakai topeng, pegawai kerajaan dan pemilik premis perniagaan juga diwajibkan mengambil vaksin.

4. Malah, kerajaan mengambil inisiatif membuat cabutan bertuah untuk mereka yang mengambil vaksin untuk menggalakkan penduduk mengambilnya sehingga setiap hari, puluhan ribu penduduk dapat divaksin.

5. Jenis vaksin yang ada sama ada Sputnik, Pfizer, Moderna dan lain-lain bergantung kepada sumbangan dari negara yang memberikannya kepada Palestin.

6. Di Gaza, akibat kejahilan sebahagian kecil penduduk takut untuk mengambil vaksin atas alasan kesan kepada kesihatan tetapi tidak pernah kedengaran orang menolak vaksin kerana takut ia agenda Illuminati dan Freemason apatah lagi projek Yahudi dan WHO untuk membunuh umat Islam.

Sekian melaporkan.

Sumber – Grup Telegram Nadir Al-Nuri