Meskipun kesihatan terbatas, Ismail kekalkan Hadi sebagai Duta Khas ke Asia Tengah

Meskipun kesihatan terbatas, Ismail kekalkan Hadi sebagai Duta Khas ke Asia Tengah

Kerajaan bersetuju untuk terus menyambung pelantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Asia Tengah.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, mesyuarat Kabinet pertama yang berlangsung semalam (1 September) turut bersetuju untuk terus menyambung pelantikan Datuk Seri Tiong King Seng sebagai Duta Khas ke China dan Datuk Seri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur.

Pada 2 April 2020, Abdul Hadi dilantik oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Tengah bertaraf menteri.

Sumber – AstroAWANI