Meskipun terlibat dakwaan gangguan seksual, netizen hairan Ebit Liew diberi keistimewaan bergerak bebas

Meskipun terlibat dakwaan gangguan seksual, netizen hairan Ebit Liew diberi keistimewaan bergerak bebas

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih dalam proses mengumpul segala bukti bagi melengkapkan siasatan dakwaan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal tempatan, Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, siasatan dijalankan pasukan pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman.

“Kita (Bukit Aman) masih dalam proses mengumpul bukti-bukti penting untuk melengkapkan kertas siasatan.

“Namun, pada masa yang sama, kita menyeru mana-mana individu di luar yang mempunyai maklumat tentang kes ini tampil segera di mana-mana balai polis yang berdekatan dan menyalurkan maklumat kepada pihak polis sebagai membantu siasatan.

“Kerjasama ini sangat diharapkan bagi melicinkan lagi proses melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sumber – MalaysiaGazette