Meskipun tiada kejayaan boleh dibanggakan, Nazri puji komitmen Nurul Izzah berbanding Syed Saddiq

Meskipun tiada kejayaan boleh dibanggakan, Nazri puji komitmen Nurul Izzah berbanding Syed Saddiq

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz melihat bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai pemimpin muda yang gagal.

Pandangan itu dilontar oleh Nazri dalam temubual bersama MalaysiaGazette untuk program Owh!MG Khamis lalu di kediamannya.

“Saya tengok macam Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada saya dia gagal. Belum apa-apa lagi dah lompat sana, lompat sini.

Kalau dulu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, duduklah bersama Tun. Mengapa lari daripada Bersatu kemudian jadi bebas?’ Katanya.

Bekas Menteri Pelancongan itu juga menyifatkan Ahli Parlimen Muar tidak menunjukkan contoh yang baik sedangkan beliau telah diberikan peluang.

Katanya, tindakan Syed Saddiq berbeza dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang sangat konsisten.

“Saya bangga dengan beliau yang kekal, macam itulah. Tapi yang lain tak ada kejayaan,” katanya.

Sumber – MalaysiaGazette