Mesra dukung Ayash, Watie hantar ibu Shuib berangkat tunai umrah

Mesra dukung Ayash, Watie hantar ibu Shuib berangkat tunai umrah

 

Ibu kepada usahawan dan penyampai radio, Shuib iaitu Salamiah Jalani berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah pada Ahad.

Perkara tersebut dikongsikan Salamiah menerusi beberapa foto yang dikongsikan pada laman Instagram miliknya.

Mencuri perhatian, Watie Hanifiah yang mengenakan persalinan jubah hitam turut dilihat di dalam gambar mesra dukung Ayash, hadir bersama-sama menghantarnya ke lapangan terbang sebelum berangkat bersama ahli keluarga lainnya.

Titip Doa Yang Baik, Watie Hantar Ibu Shuib Tunai Umrah

“Hari ini Ayash (cucu) datang hantar nenek pergi menunaikan umrah,” tulisnya pada foto terbabit.

Meninjau ke ruangan komen, Watie ada menitipkan ucapan semoga urusan umrah Salamiah dipermudahkan.

Anaknya Shuib turut memberikan respon buat ibu tercinta.

Titip Doa Yang Baik, Watie Hantar Ibu Shuib Tunai Umrah

“Semoga dipermudahlan segala urusan mama dan mendapat umrah yang mabrur ma,” tulis Watie.

“Semoga dipermudahkan urusan pergi dan pulang. I love you mama,” dedikasi Shuib.

Komen yang ditulis mereka juga menerima tanda suka para peminat.