Meta akan tapis gambar bogel dalam mesej Instagram bagi lindungi remaja

Meta akan tapis gambar bogel dalam mesej Instagram bagi lindungi remaja

 

Instagram akan menguji ciri-ciri menapis mesej yang mengandungi kandungan bogel demi melindungi para remaja selain menghalang para penipu daripada mendekati mereka.

Demikian menurut syarikat induk Meta pada Khamis (11 Apr) sedang ia mencuba mengurangkan keprihatinan terhadap kandungan berbahaya pada pelbagai aplikasinya.

Gergasi teknologi itu semakin tertekan di Amerika Syarikat dan Eropah berikutan dakwaan bahawa aplikasinya membuat pengguna ketagih dan memburukkan lagi masalah kesihatan mental dalam kalangan anak mu

Meta menjelaskan bahawa ciri perlindungan bagi kiriman mesej langsung di Instagram, akan menggunakan kaedah pembelajaran mesin pada peranti untuk menganalisis sama ada gambar yang dikirimkan melalui khidmat berkenaan mengandungi kebogelan.

Ciri itu akan diaktifkan secara automatik bagi para pengguna yang berusia bawah 18 tahun. Meta akan turut memaklumkan pengguna dewasa untuk mengaktifkan ciri tersebut.

Tidak seperti aplikasi Messenger dan WhatsApp, kiriman mesej langsung di Instagram tidak ditukar data sensitifnya kepada bentuk kod sulit.

Namun Meta menyatakan bahawa terdapat rancangan untuk memperkenalkan langkah itu bagi khidmat tersebut.