MIC terbuka terima idea kerajaan PH-BN

MIC terbuka terima idea kerajaan PH-BN

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan tidak menolak idea gabungan PH-BN untuk membentuk kerajaan pusat.

“Kami di sini untuk melihat siapa yang boleh kami sokong (untuk membentuk kerajaan persekutuan).

“Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan siapa yang boleh membentuk kerajaan yang stabil,” katanya ketika ditanya sama ada beliau menyokong kerjasama itu.

Difahamkan mesyuarat itu adalah untuk membincangkan pembentukan kerajaan persekutuan disebabkan tidak ada satu gabungan yang dapat memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan dan Presiden Amanah Mohamad Sabu tiba di Hotel Seri Pacific, di sini, dipercayai bagi mengadakan rundingan.