Mimi Lana beri bayangan sudah bertunang dengan Syafiq Kyle

Mimi Lana beri bayangan sudah bertunang dengan Syafiq Kyle

 

Pelakon Mimi Lana memberi bayangan dirinya sudah menjadi tunangan orang sehingga mencuri tumpuan ramai pengikut di laman Instagram.

Menerusi satu hantaran, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin memuat naik sekeping gambar memaparkan tangan seorang lelaki mahu menyarungkan cincin ke jari seorang wanita.

Bagaimanapun, pelakon berusia 28 tahun itu tidak mendedahkan wajah kedua-dua individu dalam gambar tersebut namun meletakkan nama akaun pelakon Syafiq Kyle pada tangan lelaki berkenaan.

Alhamdullilah

Menerusi kapsyen, Mimi meluahkan rasa syukur dan ‘one step closer’ dipercayai merujuk kepada momen memakai cincin itu sebelum menempuh alam berumah tangga.

“Selangkah lagi insya-Allah, alhamdulillah,” tulisnya dengan meletakkan emoji hati berwarna putih.

Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan pengikut mengucapkan tahniah atas berita gembira itu selain mendoakan dia dan kekasihnya dipermudahkan urusan untuk ke jenjang pelamin.

Tahniah korang!

Alhamdulillah.. moga dipermudahkan

Jaga-jaga darah manis ni

Terdahulu, Syafiq memaklumkan dia dan Mimi sudah selesai menghadiri kursus kahwin sebagai persediaan sebelum bergelar suami isteri.

Untuk rekod, pasangan itu mula terbuka berkongsi tentang hubungan mereka pada 2019 sebelum dikatakan putus untuk beberapa tempoh namun kembali menjalin cinta beberapa bulan kemudian.