“Minta extend ye Dr., kan bulan Disember asyik hujan” – Lelaki ini kongsi pengalaman dikencing ‘kontraktor dari neraka’

“Minta extend ye Dr., kan bulan Disember asyik hujan” – Lelaki ini kongsi pengalaman dikencing ‘kontraktor dari neraka’

 

Semua orang mengimpikan mempunyai rumah sendiri, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga. Rumah merupakan perkara asas bagi kehidupan, ia adalah tempat bagi keluarga menjalani kehidupan seharian dan beristirehat.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya ”Daripada Saad r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang baik(solehah), tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang baik” (Riwayat al-Baihaqi)

Bagi mereka yang telah pun berjaya memiliki rumah, sudah tentu akan cuba melakukan pengubahsuaian semata-mata demi memenuhi citarasa rumah impian mereka selama ini.

Begitulah juga kisah yang dialami seorang pempengaruh media sosial inu. Namun, hasratnya ingin menjadikan kediaman miliknya seperti ‘rumahku suurgaku’ berakhir dengan satu mimpi ngeri.

Dia mendakwa dipermainkan kontraktor yang diupah bagi menjadiman kediamannya cantik seperti yang dihajatinya. Berrambah malang apabila kontraktor yang menipunya adalah merupakan orang yang sebangsa dengannya.

Bagi mengelakkan ramai lagi menjadi mangsa sepertinya, pemilik akaun bernama Syahr Musafir tampil berkongsikan pengalamannya khusus buat tatapan pembaca FB.

“Abe Mi tak datang buat rumah saya dah berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan. Kenapa?”

Itulah soalan saya kepadanya. Blue tick saja, tak dibalas dengan apa-apa.

Perit.
Pedih.
Marah.
Kecewa.
Tak sangka.
Semua saya sekeluarga rasa.
Pendam semuanya.
Sehingga hari ini saya berkongsi di sini….

Kisah bermula Oktober 2022 lalu, saya berkenalan dengan seorang kontraktor Melayu beragama Islam berasal dari Kelantan, tinggal dalam daerah yang sama di Kota Bharu ni, setelah saya perlukan khidmatnya untuk bina bilik di rumah. Pendek cerita, saya buat renovasi rumah. Buat bilik-bilik dan tandas-tandas untuk anak-anak.

Abe Mi, nama sebenar, kontraktor Kelantan-Melayu-Islam itu berjanji bulan-bintang nak siapkan dalam masa kurang 2 bulan saja. Nak buat binaan rumah, lengkap lantai jubin, siling kapur dan sebagainya. Katanya saya sekeluarga sebagai tuan rumah boleh masuk tinggal sekitar pertengahan Disember.

“Boleh ke Dr masukkan bayaran? Jika bayar terus, saya boleh beli semua barang terus dan siapkan cepat…” begitulah permintaannya.

Saya percayakannya.

Setelah Abe Mi datang rumah saya, saya pergi jumpanya di warung bersebelahan KBMC di Lundang untuk serahkan wang.

Saya bayar RM40ribu kepadanya. Jangan tanya kenapa, berapa bayaran penuh atau sebagainya, saya tak boleh dedahkan semuanya di sinia atas keperluan undang-undang mahkamah. Kalaulah boleh dedahkan, saya pasti dedahkan. Ada limitasi terhadap perkara yang saya, sebagai mangsa, boleh dedahkan di media sosial.

Kontraktor datang rumah bersama tukang dan kuli, sehinggalah pertengahan Disember dia mula buat cerita pasal tukang tak mampu siapkan kerana kurang mahir. Ketika ini saya komplen kepada dia tentang dia biarkan tukang buat kerja tanpa dia pantau – saya cakap macam ni, “Berminggu-minggu tukang buat kerja, Abe Mi tak datang tengok pun. Mereka buat salah, Abe Mi tak betulkan. Mereka tak buat kerja, Abe Mi tak tegur suruh buat kerja. Jika berterusan begini, lambat siap rumah saya ni…”

Dia minta lanjutkan masa, minta nak siapkan pada 05 Januari 2023. Saya terpaksa akur.

Hari 05 Januari tiba, binaan tak siap. Bumbung pun tak ada.

“Minta extend ye, Dr. Kan bulan Disember asyik hujan, tak boleh nak buat kerja dengan cepat,” ini alasan kontraktor dari neraka ni.

“Extend sampai bila?” saya tanya.

“23 Januari 2023,” jawabnya.

Saya terpaksa akur.

Saya tengok tukang tak datang kerja pun. Berhari-hari tiada orang buat kerja pun. Saya tanya, ini jawapan kontraktor, “Tak boleh nak buat, tukang yang ni tak mahir. Saya kena cari tukang lain…”

Esoknya tukang datang rumah saya. Saya tanya tukang-tukang terus tukang jawab, “Abe Mi tak suruh kami datang sini. Dia suruh buat kerja tempat lain. Dia kata Dr Syahr tak bayar…”

Whatttttttttt????

Saya sabar. Saya tak cakap apa pun. Saya tanya kontraktor dari neraka ni, apa masalah?

Sekitar 23 Januari dia beri jawapan, “Duit 40ribu yang diberi tu dah habis, sebab duit tu sikit je. Bukan cukup nak siapkan rumah Dr. Saya kena cari duit lain nak buat rumah Dr…”

Saya terkejut.

Saya tengok rumah saya. Baru ada dinding.

Lantai belum siap, apatah lagi jubin.
Bumbung tak ada, apatah lagi siling.
Tandas? Baru ada dinding. Bumbung tak ada, lantai tak ada, satu apa kerja paip langsung tidak ada. Hampehhhhhh.

Kerja tak buat tetapi duit 40ribu dah habis????

Pada 24 Januari 2023, saya buat laporan polis. Saya dihantar ke Bahagian Jenayah Komersil. Saya mengharapkan pihak polis bantu saya.

Saya tunjukkan laporan polis kepada Abe Mi. Dia buat tak endah saja. Dia jawab, “Nak ugut saya ke? Saya akan siapkan pada 28 Februari 2023 ni…”

Itu saja jawapan kontraktor dari neraka tu.

Saya tunggu.

Dah masuk bulan Mac pun, langsung bayang tak nampak. Abe Mi tak balas mesej-mesej yang saya hantar setiap hari, saya telefon banyak kali setiap hari pagi petang siang malam pun langsung dia tak jawab bahkan dia selalu reject call saya…. Dan dia langsung tak datang rumah, pekerja-pekerja dia pun tak datang. Pembinaan terbengkalai dek kerana kontraktor jahat ni.

Ya Allah, teruk sangat. Hilang duit saya berpuluh-ribu dibuat makan secara haram oleh seorang Melayu Kelantan beragama Islam bernama Abe Mi ni. Jahat punya orang.

Sekarang ini saya cuba cari duit lain untuk siapkan rumah saya ni. Simpnan selama 5 tahun saya habis dirompak oleh Abe Mi kontraktor dari neraka.

Stress tak boleh nak cakap macam mana.
Serabut, kecewa, marah, sedih, tak tahu nak gambarkan apa perasaan yang saya rasa. Isteri saya dah penat menangis kerana tak sangka kami dianiayai oleh kontraktor dari neraka ni.

Kalau melihatkan keadaan sebegini jika saya tak usahakan apa-apa, tahun ni kami akan beraya dalam keadaan laman rumah bersepah dengan pasir, simen, bata, besi bumbung yang belum pasang, atap genting, dan sebagainya, anak-anak sepatutnya sudah ada bilik-bilik tetapi tak ada pun. Hari ini sudahpun 01 April 2023 dan hari ke-10 Ramadhan. Ya Allah….. Sedihnya saya 😭😭😭

Dan sekarang saya usaha keras jual Serondeng Daging Lazzat ni, nak cari rezeki untuk keluarga, nak kena siapkan rumah ni. Tuan-Puan support saya dengan cara beli Serondeng ye.

Saya tahu ada Tuan-Puan yang berempati dan bersimpati dan ada yang telahpun tahu situasi saya ini yang telah menawarkan untuk membantu jadi saya sertakan di sini, boleh PM saya.

Jika ada Tuan-Puan yang tak suka dengan posting saya ni, silalah abaikan atau diam saja. Tak perlulah kecam. Saya hanya berkongsi.

Ya, selama ini di sebalik senyuman, ada kisah duka yang dihadapi. Mungkin ada orang kata 40ribu tu sikit tetapi bagi saya ni 40ribu tu banyak. Saya bukan orang kaya.

Saya tak sangka kontraktor itu akan tipu saya – orangnya tampak baik, cakap hal agama, cakap pasal jujur, amanah tetapi rupa-rupanya penipu durjana yang licik. Hari ini saya gelarkannya kontraktor dari neraka, khas kepada Abe Mi yang tinggal di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan. Dah berminggu-minggu atau berbulan-bulan tak dapat dihubungi, atau mungkin dia sudah mati????

Kalaulah saya boleh letak gambar dia di posting ni saya mesti dah buat. Tetapi saya tak boleh letak atas sebab undang-undang 😔😔😔

Doakan saya diberikan kesabaran, kekuatan dan jalan keluar agar dapat siapkan rumah saya ini ye, Tuan-Puan. Aameen. Terima kasih.

Kepada Abe Mi kontraktor dari neraka sama ada masih hidup atau telah mati, saya haramkan segala duit puluh-ribu, kepercayaan dan kesakitan yang telah Abe Mi buat terhadap saya sekeluarga dari Disember hingga April ini. Saya tulis posting ini setelah sekian sekurang-kurangnya 3 bulan bersabar…..

Bukan saja dia tipu dan rompak duit saya, tetapi dia buruk-burukkan saya 😫😫😫

#KisahSedihSaya #KeluargaDrSyahr #DiariPapaSyahr FB Syahr Musafir Syahr Musafir II Sabtu 01/04/2023