“Minta maaf pun tak ada” – Kak KM bengang kereta Alphard dipandu suami remuk langgar tembok

“Minta maaf pun tak ada” – Kak KM bengang kereta Alphard dipandu suami remuk langgar tembok

 

Usahawan produk kecantikan wanita, Kak KM terdahulu pernah mendedahkan kepada orang ramai berita melibatkan anak ketiganya yang menghadapi masalah jantung.

Kali ini pula, dia sekali ditimpa ujian apabila kereta milik dia dan suami yang dijadikan kegunaan harian mengalami kerosakan teruk malam tadi.

Kereta mewah jenis Toyota Alphard itu mengalami rosak di bahagian belakang setelah melanggar tembok rumah akibat perbuatan tidak disengajakan oleh suaminya.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, dipercayai suaminya yang dipanggil Abang Maman memandu kereta tersebut dan tidak sengaja masuk dalam mod gear mengundur ketika hendak memakir kereta.

@lianaroslikakkm

😩😫

♬ original sound – kakkm@sweetdara – kakkm@sweetdara

“Dah nak letak kenderaan, nak masuk gear P (parking) tapi tak perasan baru masuk gear R (reverse),” kata suaminya kepada pekerja lori tunda.

Selain bahagian but kereta, video yang dimuat naik dalam akaun TikTok miliknya itu menampakkan bahagian pintu pemandu turut ‘terkepak’.

Dalam pada itu, kelihatan sebuah lori tunda bersama beberapa orang pekerja turut hadir membantu mengeluarkan kereta yang separuh badannya sudah jatuh ke bawah.

Dalam nada sedih, Kak KM kesal dengan kerosakan kereta mewah tersebut dan menyifatkan suaminya tidak mahu bersama-sama menjaga harta dengan baik.

Anak kepada pelakon serba-boleh, Normah Damanhuri yang terlampau marah telah mengeluarkan kata makian terhadap suaminya.

Hancur kereta aku sial betul. Minta maaf pun tak ada pu*****. Terus tekan minyak sekuatnya. Ba** punya manusia. Ini namanya menaya, tak tahu sama-sama jaga harta.

Dalam pada itu, dapat dilihat keadaan bahagian belakang kereta Kak KM yang terkepak sedang ditarik oleh lori towing.

Allahuakbar

KAK KM KERETA ROSAK

KAK KM KERETA ROSAK 2

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut berasa kurang senang dengan tindakan Kak KM memaki suaminya kerana telah menjadi punca kecelakaan.

Selain itu, ada warganet yang bersetuju dengan kenyataan aktor, Datuk Rosyam Nor yang berpendapat kebanyakan wanita bekerjaya hebat dan mempunyai kewangan kukuh akan mula memiliki sifat angkuh.

Bagaimanapun, segelintir memahami dengan perasaan Kak KM yang sudah bersusah payah mencari rezeki demi memberi kemewahan kepada keluarga.

Sebelum ini, Kak KM berdepan ujian kesakitan apabila anak ketiganya, Baby Rania yang berusia 13 tahun dipercayai menghidap jantung berlubang di mana kini saiz lubang itu semakin membesar.