Minta tolong edit gambar hilangkan jari, tapi lain pula yang jadi, “Boleh kemurungan permintaan macam ni”

Minta tolong edit gambar hilangkan jari, tapi lain pula yang jadi, “Boleh kemurungan permintaan macam ni”

 

Saat kita mengambil gambar, pasti kita inginkan gambar yang cantik untuk dimuat naik ke laman sosial masing-masing.

Akan tetapi, kadangkala ada sahaja insiden yang membuatkan gambar yang diambil itu ‘serba tidak kena’.

Begitulah nasib seorang wanita ini apabila foto dirinya telah ditutup separuh dengan jari dan meminta pertolongan orang ramai di laman Facebook membuatkan ramai warga maya terhibur.

Menerusi foto yang dimuat naik di grup Facebook ‘Edit Apa Hari Ni?’, wanita yang bernama Fazilah Osman ini meminta pertolongan warganet untuk membantunya sunting fotonya.

“Para editor hebat tolong alihkan jari ni blh tak 🤣🤣 dah posing helok tapi jari tu halang plk,” tulisnya di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Difahamkan, permintaan itu dibuat kerana gambar itu sebenarnya sudah elok akan tetapi jari itu menutupi mukanya.

Seperti biasa, warga maya menunjukkan ‘skill’ menyunting mereka dengan daya kreativiti mereka yang unik itu.

Apa yang paling menarik perhatian ramai adalah apabila seorang pengguna bernama Jie Jie menyunting kepala watak ‘Hantu Kak Limah’ lalu menggantikan kepala yang telah tertutup itu.

Lagi menghiburkan, Jie Jie sempat meninggalkan komen yang lucu sehinggakan orang ramai turut terhibur melihat suntingan kreatifnya itu.

“Mengikut ramalan patik, mungkin inilah wajah sebenar bidadari di sebalik bayangan,” tulisnya.

Selain itu, pengguna bernama Zalila Azalila pula menyunting gambar jari tersebut bagaimanapun dengan mukanya sekali turut hilang.

Tidak cukup dengan itu Azir Najiha seterusnya cuba menyunting foto tersebut namun kelibat Fazilah Osman sekali hilang.

“okay, siap,” ujarnya dengan nada yakin.

Ada pula pengguna lain bernama Are Lif Nazri yang terus ‘crop’ sahaja gambar itu dan terus hilang jarinya.

“Benda simple sis.. alahaiiiii😏,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengguna lain bernama Attan Mtzn meletakkan foto superhero Superman sedang menolak jari tersebut agar jari tersebut boleh dihilangkan.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan suntingan kreatif yang dibuat oleh warga maya dan masih ramai lagi yang menyunting fotonya itu untuk ‘membantu’ si pemilik foto.

Antara komen netizen:

“Terhibur…grp edit2 ni…mmg lawak giler…sian pun ada…kita lupakn citer2 yg xde pekdah…grp ni mnghiburkn …🤣🤣🤣👍👍👍

“Adoi sakit perut ketawa ni 🤣🤣