Minyak mahal sangat, lelaki sanggup tunggang kuda hantar makanan pelanggan

Minyak mahal sangat, lelaki sanggup tunggang kuda hantar makanan pelanggan

 

Bila sudah terlalu sibuk dengan kerja atau aktiviti seharian, maka ramai memilih untuk pesan makanan ke rumah.

Kebiasaan, makanan di hantar menggunakan kereta, motosikal mahupun basikal tapi jarang sekali menggunakan haiwan.

Menurut New York Post, penduduk pinggir bandar Paddington terkejut apabila melihat seorang pekerja syarikat penghantaran makanan menunggang kuda.

Turut dilihat lelaki tersebut memakai beg tertera logo Uber Eats dan cuba menyeberangi jalan dengan kudanya.

Orang ramai teruja dan merakam gambar seorang lelaki berseragam UberEats menghantar makanan dengan menunggang seekor kuda hitam pada Rabu lalu.

Rakaman video gelagat pekerja tersebut dimuat naik di platform TikTok oleh pengguna @jessielouiset dan meraih lebih dua juta tontonan.

@jessielouiset

Today in Paddington #ubereats #viral #horse #paddignton #sydney #food #delivery #funny

♬ original sound – Mads

“Tidak hairanlah pesanan saya sejuk kerana penghantar makanan hanya menggunakan satu kuasa kuda.

“Nah, ini jawapannya kepada harga bahan api yang tidak masuk akal,” antara komen netizen.

Buat masa kini, pihak Uber dikatakan telah menyekat pemuda tersebut daripada menghantar pesanan.

Ini disebabkan, penghantaran dengan menunggang kuda adalah bercanggah dengan standard keselamatan dan polisi syarikat.