Minyak sawit mentah catat harga terburuk dalam 13 tahun

Minyak sawit mentah catat harga terburuk dalam 13 tahun

 Harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia telah menyaksikan penurunan terbesar sebulan dalam tempoh lebih 13 tahun pada bulan Jun, jatuh 22% daripada paras tertinggi RM6,632 (AS$1,506.25) satu tan kepada RM4,922 (AS$1,117.42) pada Isnin 27 Jun 2022.

Kejatuhan harga sangat mendadak dalam tempoh sebulan sebanyak RM2110.00.

Pengilang Malaysia membeli tandan buah sawit berdasarkan purata harga MSM bulanan — kini kira-kira RM6,200 (AS$1,408.13) — tetapi menjual minyak yang diekstrak berdasarkan harga pasaran harian.

“Tiada kilang yang mampu membeli tandan buah segar pada harga ini,” kata Steven Yow, presiden utara Persatuan Pengilang Minyak Sawit Malaysia (POMA) kepada Reuters .

Niaga hadapan MSM penanda aras Malaysia telah meningkat naik kepada awal tahun ini disebabkan kemerosotan bekalan minyak makan global ekoran faktor kekurangan buruh, konflik Rusia-Ukraine, dan sekatan eksport di pengeluar sawit terkemuka Indonesia.

Harga jatuh semula apabila Indonesia telah menamatkan larangan ekspot.

Pada harga semasa, pihak kilang akan kehilangan sekurang-kurangnya RM150,000 (AS$34,067.68) bagi setiap 100 tan MSM yang dikeluarkan, kata Yow, sambil menambah bahawa pembeli kini menawarkan harga sekitar RM4,700 untuk MSM.

Yow berkata pengilang juga telah berhenti menerima tandan buah segar daripada pembekal sehingga harga kembali normal.

Pemberhentian mungkin untuk tempoh antara satu hari hingga satu minggu.

“Keadaan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini dalam tempoh 35 tahun kebelakangan ini,” tambahnya.

Sebilangan besar pengilang terjejas, terutamanya pengilang bebas yang mendapat sumber daripada pekebun kecil, kata Yow.

Beliau menjangkakan operasi akan kembali normal pada Julai, dengan mengharapkan pasaran kembali mengukuh.

(US$1 = 4.4030 ringgit)

Sumber https://www.theedgemarkets.com/article/malaysias-palm-oil-millers-halt-production-cpo-prices-plummet