Mira skandal View Chin rupanya isteri orang?

Mira skandal View Chin rupanya isteri orang?

 

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai seorang influencer, View Chin yang didakwa berlaku curang terhadap isterinya, Shermine Hau-Ah Moi.

TikToker terkenal itu dipercayai telah menjalinkan hubungan terlarang bersama pekerja sendiri dikenali sebagai Amirah Aqilah Firdaus.

Terkini, tular pula di laman Facebook memaparkan beberapa keping foto Amirah atau Mira yang didakwa sudahpun mendirikan rumah tangga dan sebenarnya merupakan isteri orang.

Menerusi hantaran tersebut, seorang pengguna Instagram telah mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin itu selain mendoakan perkahwinan mereka kekal bahagia.

Majlis persandingan, semoga perkahwinan ini kekal hingga ke jannah.

mira

Syukur alhamdulillah, berlangsungnya pernikahan anak kedua, Amirah Aqilah. Segala urusan dipermudahkan.

mira

Susulan itu, hantaran tersebut telah menimbulkan spekulasi dan persoalan orang ramai mengenai status sebenar wanita itu yang rupa-rupanya sudah berkahwin.

mira

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada pengesahan mengenai kesahihan hantaran tersebut.

Terdahulu, isteri kepada TikTokers itu telah memuat naik beberapa bukti perbualan mesra antara suaminya dan Mira menerusi aplikasi WhatsApp.