Misteri 22 tahun kehilangan Hizairi, petunjuk akhir kereta di taman rekreasi

Misteri 22 tahun kehilangan Hizairi, petunjuk akhir kereta di taman rekreasi

 

Tanggal 15 Mac 2001 menjadi tarikh mengejutkan bagi rakyat Malaysia dengan berita kehilangan seorang penulis prolifik bernama Hizairi Othman.

Sebagai sorotan, Hizairi merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara, Allahyarham Dr Othman Puteh.

Allahyarham ayah sampai pergi ke Tanah Suci untuk doakan kepulangan Hizairi

Walaupun sudah 22 tahun berlalu dan jejak Hizairi masih gagal ditemukan, pastinya hingga sekarang keluarga serta rakan-rakan dunia sastera sentiasa menantikan kepulangannya satu hari nanti.

Sejak awal kehilangan, Dr Othman Puteh sudah melakukan banyak ikhtiar untuk mengesan Hizairi termasuklah berangkat ke Makkah untuk berdoa agar anaknya kembali.

Hizairi menghilang saat namanya memuncak dalam dunia penulisan tanah air

Namun sampailah beliau menutup mata, hajat untuk melihat anaknya balik tidak kesampaian.

Kehilangan Hizairi secara tiba-tiba di saat namanya selaku penulis sedang melonjak naik cukup mencetuskan rasa musykil.

Bak kata rakan-rakan seangkatannya, agak tidak munasabah seseorang itu ‘lesap’ begitu sahaja tanpa diketahui sebabnya.

Kereta di taman rekreasi jadi satu-satunya petunjuk terakhir

Menghilang ketika usia 31 tahun, Hizairi dikatakan sudah berusia 53 tahun jika dia masih hidup sekarang.

Kata kenalan lain, Hizairi telah menjuarai pertandingan Formula Satu Malaysia sebelum menyepi tanpa diketahui di mana keberadaan sebenar.

Hanya kereta miliknya yang ditinggalkan di sebuah taman rekreasi bertempat di Kajang menjadi petunjuk terakhir.