Model jelita pilih kahwini pemandu lori, sanggup tinggal dunia glamor ikut suami hantar barang

Model jelita pilih kahwini pemandu lori, sanggup tinggal dunia glamor ikut suami hantar barang

 

Memetik laporan Tribun News, model tersebut dikenali sebagai Putri Liliana yang berasal dari Rembang, wilayah Jawa Tengah, Indonesia.

Sosok Putri Listiana Model Cantik Istri Sopir Truk di Rembang: Sering Kepikiran Menunggu Dia Pulang - Tribunjateng.com

Putri berkongsi tentang kisah cinta bersama jejaka berkenaan di platform TikTok miliknya.

Menurutnya, dia sering menerima cemuhan dan kata-kata negatif daripada orang ramai terutama ketika menjalin hubungan cinta bersama lelaki tersebut.

Bagaimanapun, Putri sama sekali tidak pernah mengambil endah akan kata-kata mereka malah dia berasa bangga dengan pekerjaan suaminya itu.

Wanita itu juga rela meninggalkan dunia glamor untuk berkahwin dan hidup bersama suaminya selain sanggup mengikut lelaki tersebut menaiki lori ke mana sahaja untuk menghantar barang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan kagum dengan pendirian Putri. Dalam masa yang sama, pengikutnya turut menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang yang bertuah kerana memiliki gadis yang cantik dan baik seperti Putri.