Mokhtar Senik bengang usahanya kibar ‘bendera putih’ jadi bahan ketawa netizen

Mokhtar Senik bengang usahanya kibar ‘bendera putih’ jadi bahan ketawa netizen

Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang hari ini meluahkan rasa bengang terhadap tindakan netizen mentertawakan usahanya mendapatkan bantuan kewangan bagi membayar bil utiliti pondok pengajian miliknya yang tertunggak selama lebih 5 bulan semasa PKP baru-baru ini.

Dalam hantaran FB menggunakan nama Mokhtar DUP, dia turut menyertakan gambar 9 bil berlainan akaun dengan nilai tunggakan sebanyak RM22,134.53 yang telah diberi amaran pemotongan.

Oleh kerana kurang berkemampuan kewangan, dia telah menaikkan hantaran memohon jasa baik pengikutnya agar sudi menghulurkan bantuan kewangan bagi menyelesaikan bayaran tunggakan tersebut.

Namun selepas rayuan tersebut menjadi tular, dia sekali lagi menaikkan hantaran baru mengecam pihak yang mentertawakan usahanya itu.

Sambil menganggap rayuannya itu bukanlah satu paksaan, dia mengambil kesempatan menyelar tindakan mereka seolah-olah menuduhnya menggunakan duit sumbangan tersebut bagi kegunaan peribadi.

Sebelum ini, nama Mokhtar Senik pernah menjadi kontroversi apabila dikaitkan dengan bersembang lucah dengan perempuan bernama Leena sehinggakan videonya memecut vellfire bagi mengelakkan tertangkap menjadi tular.

Namun dia menganggap tuduhan itu sebagai fitnah yang biasa dilemparkan kepada pejuang agama sepertinya.