Mokhtar Senik ditimpa musibah, kena cucuk punggung

Mokhtar Senik ditimpa musibah, kena cucuk punggung

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik memaklumkan bahawa beliau ditimpa sedikit musibah.

Menurutnya, tidak semena-mena kaki kirinya telah luka, namun beliau tidak tahu punca luka tersebut.

Katanya, luka tersebut menyebabkan kakinya membengkak dan berdenyut sehingga beliau tidak mampu berpijak.

“Hari ini ditimpa sedikit musibah. Tak semena-mena kaki kiri yang entah luka kerana apa, tiba-tiba membengkak dan berdenyut.

“Tak boleh nak berpijak. Dah pi klinik Dr beri antibiotic yang paling power. Kena inject kat punggung pulak tu,” katanya di laman Facebooknya.

Akibat kesakitan yang beliau hadapi, tokoh popular Pas itu sedang memikirkan adakah beliau mampu untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas yang bakal berlangsung 13 September ini di Kelantan.

“Tengah duk memerhati boleh gi ke tak muktamar di Kelantan dan lawatan kerja ke Sabah. Sejak semalam dan hari ini lepak kat rumah dulu,” katanya.