Mondy akhirnya bongkar cerita sebenar, menangis-nangis dalam pelukan isteri Caprice

Mondy akhirnya bongkar cerita sebenar, menangis-nangis dalam pelukan isteri Caprice

 

Sedia maklum, pendakwah bebas, Ebit Lew sebelum ini pernah membimbing seorang wanita Indonesia bernama Mondy untuk berhijrah dan video yang dikongsikan turut tular di platform media sosial.

Setelah sekian lama ‘menghilang’, Mondy dilihat tular semula selepas dia menampilakan diri sudah tidak bertudung dan kembali seperti penampilan asalnya.

Barangkali mahu mendengar sendiri cerita sebenar dari tuan empunya badan, penyanyi rap, Caprice menjemput Mondy untuk hadir di bual bicara podcast yang dikendalikan olehnya di YouTube.

Dapat dilihat dalam perkongsiaan video pendek di laman Instagram, isteri Caprice memeluk wanita berasal dari negara jiran itu selepas dia tidak dapat menahan sebak sewaktu menceritakan hal sebenar.

Difahamkan, podcast terbabit bakal ditayangkan tidak lama lagi dan ramai yang sudah tidak sabar untuk menontonnya.

komen

komen