MOTAC dedah senarai syarikat pelancongan tidak berdaftar, rupanya ada yang pernah kena scam

MOTAC dedah senarai syarikat pelancongan tidak berdaftar, rupanya ada yang pernah kena scam

 

Seringkali kita dihidangkan berita mengenai penipuan pakej umrah oleh pengendali pakej melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit. Sebelum anda memilih pakej umrah yang terbaik pada masa akan datang, anda perlu selidik dahulu pakej umrah yang telah disediakan dan jangan percaya bulat-bulat dengan penawaran yang menarik.

Baru-baru ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah memberi peringatan kepada semua rakyat Malaysia berhati-hati dengan pakej pelancongan dan umrah.

MOTAC telah menyiarkan Senarai Amaran Entiti Yang Melanggar Akta Industri Pelancongan 1992. MOTAC menulis, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati memilih syarikat pelancongan.

Anda boleh semak pautan ini, untuk meyemak Senarai Amaran Entiti Yang Melanggar Akta Industri Pelancongan 1992. Gambar di bawah menunjukkan antaran pakej pelancongan yang telah melanggar akta industri pelancongan.

Dalam tweet yang sama, MOTAC juga berkongsi senarai agensi pelancongan berdaftar dibawah MOTAC untuk disemak melalui pautan ini.

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia yang bimbang jika ditipu oleh  agensi pelancongan sekiranya tidak berhati-hati. Malah ada yang berkongsi pengalaman pernah mendapat layanan yang kurang baik oleh agensi pelancongan tertentu ketika menunaikan umrah.

Sebelum ini,  Kementerian Pelancongan Malaysia pernah mendedahkan, ejen pelancongan yang membawa jemaah haji dan umrah semestinya berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), dan dilesankan dalam 2 perkara iaitu: Agensi pengembaraan(ticketing) dan Pelancongan luar negeri (outbound). Sebagai tambahan anda boleh  semak latar belakang agensi tersebut seperti di bawah ini :

Dengan berbekalkan ilmu yang dikongsikan di atas, kami berharap anda tidak menjadi salah sorang yang menjadi mangsa penipuan oleh agensi pelancongan yang tidak berdaftar. Hati-hati ya!