MP Kudat kena serang warganet Sabah lepas dakwa Veveonah sengaja buat drama

MP Kudat kena serang warganet Sabah lepas dakwa Veveonah sengaja buat drama

Susulan kenyataan Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri yang mendakwa Veveonah Mosibin ‘sengaja buat drama’, beliau diserang dan dikecam hebat orang ramai terutama rakyat Sabah sendiri.

Menurut wakil rakyat Bersatu itu, Veveonah sengaja membuat drama padahal perjalanan cerita dramanya tidak betul dan tidak berasas selain sengaja ingin mendapatkan perhatian dan publisiti.

Menerusi ciapan di Twitter, pengguna bernama Lydia mempersoalkan sudah berapa lama Timbalan Menteri Kewangan I itu menjadi Ahli Parlimen dan menempelak beliau sebagai temberang.

“Bikin malu. Saya orang Pitas. Ekonomi apa? Jalan raya hari ini siap esok berlubang, lusa tampal selepas itu berlubang lagi.

“Kamu semua perlu datang sini dan melawat. Sudah berapa lama YB jadi MP? Di hulu sana bolehlah kau temberang asal dapat tangki biru sama zink,” bidasnya.

Sementara itu, Albert turut terkilan apabila anak muda seolah-olah diperalat oleh para Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berkuasa pun melalui pintu belakang.

“Kami orang Sabah sangat prihatin pasal hal ini! Jangan kerana mulut badan binasa. Anak muda diperalatakan sebegitu rupa?!

“Tahukah apa kesan dia sama Veveonah?! Ignorant Minister. Sudah lah “pintu belakang”. Salah tetap salah! Bukan menidakkan lagi!,” bidasnya.

Komen Albert itu turut dibalas dengan ciapan lain, “Lawan tetap Lawan! Orang Sabah! Kasi ajar PN ini dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) yang akan datang ini. Biar mereka tau, mereka salah. Ajar mereka dekat kertas undi itu,” kata pengguna menggunakan akaun Mandat Rakyat Dah Ke Laut.

“Hairan saya ada lagi orang harap sama ini MP. Bertahun-tahun jadi MP. Saya orang Pitas macam mahu muntah tengok itu pekan,” kata pengguna lainnya.

Semalam, selepas mempertahankan kenyataannya bahawa Veveonah Mosibin menipu kononnya menjawab peperiksaan di atas pokok, wakil rakyat Bersatu itu pantas memadam hantaran itu.

Menurut Abdul Rahim, Veveonah dan keluarganya tinggal menetap di pekan Pitas yang mempunyai perkhidmatan internet dan tidak ada rumah di kampung Sepatalang seperti yang didakwa.

“Oleh itu, macam mana pelajar ini boleh mendakwa dia belajar di atas pokok di kampung Sepatalang sedangkan dia sebenarnya tinggal di pekan Pitas,” katanya mengulangi dakwaan Veveonah sengaja bertindak sebegitu kerana mahukan perhatian dan publisiti .

Bahkan, Abdul Rahim yang juga penyandang Ahli Parlimen Kudat untuk empat penggal sejak tahun 2004 itu mendakwa dia sendiri telah membuat siasatan terhadap seorang dekan fakulti dan pensyarah UMS.