Muat naik hantaran jelik mangsa banjir, pimpinan muslimat Pas jadi bahan kecaman di Twitter

Selepas kelihatan tenggelam dalam arus politik kebangsaan, Muslimat Pas kebelakangan ini seolah-olah cuba menaikkan imej mereka dimata masyarakat dengan menggunakan cara negetif.
Sebelum ini salah seorang ahli jawatankuasanya, Dr Najihatussalehah menyalahkan rakyat yang tidak membantu kerajaan ketika berdepan perintah berkurung PKP,
Terbaru, seorang lagi ahli jawatankuasanya yang bijak pandai berkelulusan bidang perubatan, Halimah Ali pula mencetuskan kemarahan awam berpunca ciapan yang dibuat di dalam laman rasmi akaun Twitternya.
Dalam ciapannya petang tadi, dia membuat kejutan apabila memanjatkan kesyukuran berikutan hanya sedikit sahaja mangsa terkorban akibat banjir yang melanda baru-baru ini.
Malah dengan nada angkuh, dia menganggap bencana banjir tersebut berpunca daripada maksiat yang dilakukan warga negeri tersebut. Ciapannya sehingga kini menjadi tumpuan netizen yang menyerangnya di atas sikapnya itu.
Rata-rata netizen menganggap sikap yang keterlaluan itu tidak mencerminkan ciri-ciri seorang muslimah sejati. Terselit antara komen geram seorang netizen mendoakan kematiannya pula agar mereka dapat menciap ciapan yang serupa dibuatnya.