Muat naik video dengar khutbah Jumaat di Korea, Fikry Ibrahim dicemuh netizen persenda agama?

Muat naik video dengar khutbah Jumaat di Korea, Fikry Ibrahim dicemuh netizen persenda agama?

Jika anda mengikuti media sosial pelakon Fikry Ibrahim pasti sedia maklum dia sering memuat naik hantaran mendengar khutbah Jumaat di beberapa negara.

Solat jumaat di Korea Selatan

Terbaharu, perkongsian video daripada pemilik nama Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim menunjukkan suasana dirinya ‘dijemput’ untuk menunaikan solat Jumaat di Korea Selatan menerima kecaman ramai.

Dalam hantaran tersebut, turut memaparkan figura imam yang disegani Korea Selatan iaitu Imam Abdullah Al-Kory selain dirinya menunjukkan beberapa pergerakan berbentuk ‘mini love’.

Tak lawak! Persenda agama dan budaya

Rata-rata warganet mengkritik konten yang dimuat naik oleh pelakon drama Kau Yang Pertama yang dikatakan tidak menjaga sensitiviti sesuatu agama selain mempersendakan budaya negara berkenaan.

Mereka berpendapat tidak semua isu boleh dijadikan sebagai konten terutama melibatkan hal keagamaan dan budaya sesebuah negara.

Sila padam!

Susulan itu, warganet meminta selebriti kelahiran Jitra, Kedah itu menurunkan konten berkenaan dengan kadar segera kerana sudah melampaui batas.

Imam sedang terangkan konsep tauhid dalam Islam..

Mereka juga mengatakan ia adalah tidak patut dilakukan lebih-lebih lagi Imam Abdullah Al-Kory atau Park Dongshin sedang menyampaikan ilmu berkaitan perbezaan konsep tauhid antara Yahudi dan Nasrani.