Muatnaik kandungan sumbang, identiti aktor lelaki terkenal didedahkan media

Muatnaik kandungan sumbang, identiti aktor lelaki terkenal didedahkan media

Pelakon terkenal tiba di kompleks Mahkamah Sepang dipercayai bagi menghadapi pertuduhan memuat naik kandungan sumbang di media sosial.

Aktor lelaki yang berusia 36 tahun itu tiba jam 8.10 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam dan diiringi beberapa individu termasuk peguam dan wakil syarikat pengurusan.

Sebelum ini, sumber memberitahu Sinar Harian, pertuduhan akan dikemukakan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, pelakon itu itu berdepan dengan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, portal MStar dalam kemaskininya terhadap kes tersebut sebentar tadi turut mendedahkan identiti aktor tersebut.