Mudah! Cara daftar lesen memandu dan roadtax secara online

Mudah! Cara daftar lesen memandu dan roadtax secara online

 

Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan mulai 10 Februari 2023, orang ramai tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di kenderaan (roadtax) dan lesen memandu mereka sebaliknya menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefon pintar MyJPJ.

Pelaksanaan tindakan ini adalah selaras dengan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Oleh itu, peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di mana “setiap LKM hendaklah dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan yang berkenaan” tidak lagi akan dikuatkuasakan bagi kategori pemilik di bawah fasa pertama.

Pengecualian ini akan diwartakan di bawah kuasa yang diberi kepada Menteri Pengangkutan di bawah Seksyen 127 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemilik Kenderaan Yang Belum Bersedia

Untuk pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia, mereka masih boleh memperoleh dan mengekalkan amalan memapar pelekat/kertas LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim.

Kategori Wajib Memaparkan Lesen Memandu & Roadtax

Namun, terdapat kategori yang masih wajib memaparkan lesen memandu dan roadtax iaitu:

i) Lesen Memandu

Pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL)

Pemegang Lesen Vokasional (PSV/GDL/KON)

Pemegang Lesen Memandu Malaysia Bagi Warganegara Asing

Pemegang Lesen Memandu Negara Luar Oleh Pemandu Warganegara Asing (IDP)

ii) Roadtax

LKM Persendirian Syarikat

Kenderaan Pemilikan Warganegara Asing

Kenderaan Perdagangan Meliputi Kenderaan Barangan Dan Kenderaan Perkhidmatan Awam

Cara Daftar MyJPJ

Untuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Muat turun aplikasi ini di

– Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311

– Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info&pli=1

2.  Klik “Daftar Akaun Baharu”

3. Masukkan nombor MyKad.

4. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

5. Tetapkan kata laluan

6. Aplikasi sudah boleh diakses dan digunakan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai MyJPJ, layari laman web https://www.mot.gov.my/my/Kenyataan%20Media/Tahun%202023/Media%20Release%20BM%20-%20Pendigitalan%20lesen%20kenderaan%20(JPJ)%2010%20Feb%202023%20.pdf