Muhyiddin akan tercatat dalam sejarah sebagai perosak negara
Perlembagaan digantung, undang-undang tidak diguna pakai,menjadikan para pelabur lari dan tidak lagi berani untuk terus kekal di Malaysia. Itu hakikat yang perlu kita terima dengan pengisytiharan Darurat yang dibuat Selasa minggu lalu.
“Proklamasi Darurat ini kalau dilihat di penghujungnya perlu dibentangkan dalam Parlimen menurut Fasa 3, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Namun ianya menjadi tanda tanya, bila hendak dibentangkan jika Parlimen digantung?”
Itu persoalan yang dilontarkan secara langsung oleh Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dalam Program Bual Bicara Eksklusif “Bicara YB Khalid Samad” yang bertajuk: Muhyiddin Seorang Diktator? yang disiarkan di JOM Channel malam tadi.
Ahli Parlimen Shah Alam itu juga berkata pengiystiharan Darurat ini telah dilakukan atas nasihat seorang Perdana Menteri yang sudah tiada majoriti.
“Kononnya ‘Abah Kau’ menyatakan bahawa Darurat dilakukan untuk kebaikan rakyat, sedangkan hakikatnya ia telah mencampakkan negara kepada satu situasi yang lebih membimbangkan, merosakkan suasana pelaburan dan ekonomi.”
“Ini adalah satu pembohongan yang jelas dan nyata, ianya dilakukan kerana dia sudah tiada majoriti. Hakikatnya, darurat ini telah menjadikannya penguasa yang punya kuasa mutlak untuk tentukan segala- galanya” ujar Khalid.
“Ini adalah satu pembohongan yang jelas dan nyata, ianya dilakukan kerana dia sudah tiada majoriti. Hakikatnya, darurat ini telah menjadikannya penguasa yang punya kuasa mutlak untuk tentukan segala- galanya” ujar Khalid.
“Saya perlu cakap walaupun ada yang mempertikaikan, dengan apa yang berlaku ini, kita takut dan khuatir imej Institusi Raja-raja Melayu khususnya Yang Di Pertuan Agong akan turut tercemar.”
“Saya perlu cakap walaupun ada yang mempertikaikan, dengan apa yang berlaku ini, kita takut dan khuatir imej Institusi Raja-raja Melayu khususnya Yang Di Pertuan Agong akan turut tercemar.”
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu turut melahirkan kebimbangan apabila ramai yang kelihatan sudah mula membuat pelbagai andaian kononnya Yang di Pertuan Agong ada kepentingan dan ada berpihak, bersekongkol dan sebagainya.
“Inilah di antara implikasi yang kita khuatir akan berlaku. Muhyiddin tidak pernah peduli apa yang akan berlaku kepada institusi raja, sistem penddidikan, ekonomi negara dan apa yang berlaku termasuk sistem politik yang telah hancur disebabkan oleh dirinya dan pengkhianat Azmin Ali. Mereka akan tercatat dalam sejarah sebagai perosak negara”, tambah Khalid.
Katanya lagi imej Yang Di Pertuan Agong telah terseret kerana diberikan nasihat yang tidak betul, tidak tepat dan direka2 oleh golongan yang gilakan kuasa sehingga baginda memperkenankan Proklamasi Darurat. – JC