Muhyiddin kaki propa, kelulusan kuota haji tambahan atas permohonan kerajaan PH 2019 dahulu

Muhyiddin kaki propa, kelulusan kuota haji tambahan atas permohonan kerajaan PH 2019 dahulu

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Muhammad Saleh bin Taher Benten berkata, pihaknya akan membuat kajian menyeluruh berhubung permohonan Malaysia untuk menambah kuota jemaah haji tahun ini.

Beliau berkata, sebelum ini, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sudah berbincang dan membuat keputusan dalam penentuan kuota haji setiap negara.

“Kuota setiap negara diagihkan mengikut apa yang dibincangkan. Kuota rasmi Malaysia juga sudah diberikan, tetapi terdapat permohonan penambahan dan ia tentu sekali perlu dikaji terlebih dulu.

“Permohonan ini dibuat (di peringkat tertinggi) melalui Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan insya-Allah akan dikaji dari sudut persediaan serta kapasiti) tempat untuk jemaah Malaysia,” katanya pada sesi soal jawab bersama media tempatan dan antarabangsa pada Sidang Kemucak OIC ke-14 di sini.

Turut serta pada sesi itu 390 wartawan dari 57 negara anggota OIC dan 59 stesen televisyen antarabangsa yang membuat liputan sidang kemuncak bermula esok.

Bertemakan ‘Sidang Kemuncak Makkah: Bersama-Sama menuju ke arah Masa Depan’, dijangka dihadiri pemimpin negara anggota OIC untuk bersatu menegakkan pendirian berhubung isu dan peristiwa sedang melanda dunia Islam.

Bermula dengan Mesyuarat Rasmi Pegawai-Pegawai Kanan, hasilnya akan dikemukakan kepada mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC yang diadakan di Jeddah pada Rabu lalu.

Deraf akhir pernyataan rasmi akan diserahkan ke Sidang Kemuncak Islam itu untuk diterima pakai. Sidang kemuncak itu juga dijangka mengeluarkan ‘Deklarasi Makkah’ dan pernyataan akhir untuk menangani pelbagai isu terkini di dunia Islam.

Sementara itu, Saleh turut memuji pengurusan jemaah haji Malaysia dan menyifatkan pengurusan haji negara ini bersistematik serta terlatih.

“Terima kasih kepada Malaysia dan Tabung Haji (TH) atas pengurusan sangat baik serta membantu jemaah haji mengerjakan ibadat mereka,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata, Dr Mahathir sudah mengutus surat rasmi kepada Kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan kuota tambahan jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini TH masih belum menerima sebarang jawapan rasmi berkenaan permohonan itu daripada Kerajaan Arab Saudi.  – BH