Mujarab atasi mati pucuk, rupanya ini antara 12 khasiat rebusan air pandan

Mujarab atasi mati pucuk, rupanya ini antara 12 khasiat rebusan air pandan

SEKADAR hanya mengambil bau sahaja sudah pasti ramai yang mengenali aroma dikeluarkan oleh pokok pandan.

Selain kegunaannya sebagai penambah aroma yang membangkitkan selera kepada makanan, pandan juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan rumah.

Siapa sangka pandan mempunyai pelbagai jenis khasiat yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Antara kebaikan pokok pandan yang dikongsikan portal Mstar :

1. Menurunkan darah tinggi

Didihkan beberapa helai daun pandan dengan sukatan dua gelas air sehingga airnya tinggal setengah gelas. Minum air rebusan tersebut.

2. Merawat lemah saraf

Cuci sehingga bersih tiga helai daun pandan kemudiaannya dipotong halus sebelum direbus. Setelah air rebusan menjadi suam, ia boleh diminum segelas sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.

3. Mengatasi lemah syahwat

Ambil sehiris halia dan sekeping kulit kayu manis serta beberapa biji halba yang dicampurkan bersama tiga daun pandan. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.

4. Menurunkan bacaan gula dalam darah

Ambil beberapa batang akar daun pandan lalu dicuci sehingga bersih sebelum direbus. Amalkan dengan meminum air rebusan setiap hari sebanyak dua kali.

Gout

5. Merawat gout

Ambil tujuh helai daun yang didihkan dalam lima gelas air hingga jadi dua gelas. Setelah suam, bolehlah diminum setiap hari.

6. Menghilangkan bau badan

Kisar daun pandan dengan limau lalu digosok pada seluruh anggota seperti ketiak dan kemudian sabun serta bilas. Ulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil lebih baik.

7. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

cholestrol

8. Menurunkan kadar kolesterol

Selain menurunkan tekanan darah tinggi, mengamalkan minum air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

9. Mengatasi masalah sembelit

Rebus daun pandan yang masih segar lalu minum air tersebut dapat melawaskan pembuangan tinja.

10. Melembutkan daging

Daun pandan biasanya dicampur ke dalam masakan kerana ia dapat membantu melembutkan daging.

11. Merawat rambut rosak

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan suku gelas sukatan santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas dengan air dan syampu.

12. Merawat masalah susah tidur

Jemurkan beberapa keping daun pandan yang digunting bersaiz kecil. Masukkan dalam bantal beserta jintan putih dan jintan manis.