“Mujur tiada penumpang di bahagian seat sebelah” – Besi buruk dari lori melayang tembusi cermin kereta

Tular satu rakaman video dashcam di mana sebuah kereta mengalami kerosakan pada bahagian cermin apabila sebatang besi buruk terjatuh dari lori lalu melayang menembusinya.
Dalam rakaman video itu pemandu kekal tenang dan tidak panik sejurus insiden tersebut terjadi, sambil meneruskan perjalanan. Bagaimanapun, lori terbabit ‘meninggalkan’ tempat kejadian begitu sahaja.
Menurut pemilik dashcam, ketika kejadian itu berlaku dia bersama dengan seekor anjing peliharannya yang sedang berada di tempat duduk belakang.
Final destination siellllllll batang besi tetiba melayang tembus cermin dekat seat penumpang…wtf scary pic.twitter.com/9IoqLpiTZv
— Alan (@IniAlalalannn) January 14, 2023
Rakaman video yang sedang tular di pelbagai platform media sosial ketika ini mengundang rasa tidak puas hati netizen. Gara-gara pemandu lori mengabaikan ciri-ciri keselamatan sehingga hampir menyebabkan kemalangan yang lebih besar terhadap pengguna jalan raya lain.
Orang ramai mahu campur tangan pihak berkuasa dan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu serta syarikat lori terbabit kerana isu ini kerap kali berlaku dan membahayakan kenderaan-kenderaan yang lebih kecil.
Tambah netizen, mereka memilih untuk menjarakkan kenderaan daripada berdekatan dengan lori-lori, dengan memotong kenderaan besar tersebut untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
The authorities take immediately action, especially the road transport department. #JPJMalaysia https://t.co/UG3sEcqhCV
— 🅠🅔🅨🅜🅘🅔 (@Qeymie97) January 14, 2023
Thank God nothing happened to the driver and the dogs…
My husband selalu pesan, if nampak lori besar (macam lori tu), jangan drive dekat… Stay away as far as possible… I applied his pesan to all lori, even lori sampah pun 😌 https://t.co/JDqJJNYqT5
— الفاوانيا (@amalin_sayhello) January 14, 2023
cause of things like this la its either i overtake them or stay far behind lorries and never let any lorries behind me at a very close distance. https://t.co/aUR2dtCcsx
— 𝓢𝓲𝓶𝓻𝓪𝓷 (@Simranrandhwa30) January 14, 2023
Dalam pada itu, mangsa memberitahu dia telah membuat laporan polis dan akan membuat tindakan susulan selepas mendapat khidmat nasihat daripada pihak peguam.