Muka lawa tapi ‘panjang tangan’, TikToker kantoi rembat barang orang untuk bergaya
Dalam satu pendedahan yang tular di Twitter, seorang wanita kantoi mencuri barangan milik rakan serumah antaranya baju, tudung dan beg tangan berjenama.
Menerusi satu hantaran di laman sosial itu, rakan serumah wanita bernama Izzah itu akui sudah buntu dan tiada pilihan selain menularkan tentang wanita tersebut.
Definisi sebenar housemate dari neraka.
Difahamkan, Izzah telah kantoi mencuri banyak barangan milik rakan serumahnya malah turut tidak tahu malu menggayakan barangan yang dicuri itu.
Kerana tidak tahan barangan sering bersepah, tidak seperti yang sebelumnya dan tukar posisi, dua rakan serumahnya buat keputusan untuk geledah laci Izzah dan menjumpai pakaian mereka di dalamnya.
Rakan serumahnya turut memuat naik tangkap layar gambar Izzah daripada TikTok dan menunjukkan satu per satu barangannya yang telah dicuri dan kemudian dipakai oleh wanita itu.
Perempuan yang nak melawa, nak jadi influencer tapi curi barang housemates pastu tak reti malu dan berani sekat kami di TikTok sebab taknak bagi kantoi.
Mesej tak balas, tapi sempat update status
Dedahnya lagi, sebelum ini mereka sudah cuba mesej dan hubungi Izzah namun wanita itu tidak mengendahkannya serta tidak mengaku bersalah.
Pada masa yang sama tidak membalas mesej itu, dia ada memuat naik gambar di status Whatsapp mempamerkan dirinya memakai jam tangan yang dicuri tetapi ditutup dengan emoji sticker.
Namun selepas isu ini tular di Twitter, Izzah pada mulanya dituntut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka namun rakan serumahnya mengubah fikiran dan memintanya membayar ganti rugi barangan dicuri itu.
Permohonan maaf terbuka akan buat dia lagi famous, jadi kami buat keputusan dia akan bayar sejumlah nilai yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.
Pencuri bersiri rupanya!
Tidak cukup dengan itu, seorang individu mengejutkan ramai apabila dia kemudian turut mendedahkan bahawa Izzah pernah melakukan perkara yang sama kepadanya.
Katanya, wanita itu pernah mencuri pakaian rakan-rakan serumahnya dan apabali kantoi dia terus pindah ke rumah lain dan masih melakukan perkara yang sama.