Muka rabak & sedang terima rawatan di hospital, Shuhada kena tumbuk?

Rasanya ramai dah tahu bahawa pelakon, Hafidz Roshdi didakwa sudah menceraikan isterinya dengan talak satu Nurul Shuhada Mat Shukri baru-baru ini.
Terbaru! Shuhada kongsi satu IG Story menunjukkan mukanya cedera. Allahu, apa kes ni?

Menurut portal OhMedia, terdapat seorang pengguna IG mesej dan mendakwa Shuhada telah ditumbuk bekas suaminya dan berkongsi gambar lain yang menunjukkan kesan luka wajah Shuhada.
Shuhada menerusi IG Storynya tadi juga mengatakan yang dia bakal buka cerita tentang hal ini selepas dia selesai menerima rawatan. Sama-samalah kita tunggu nanti dan semoga Shuhada cepat sembuh ya. Korang rasa kenapa?