Muktamad!!! PH namakan Adly Zahari calon tunggal Ketua Menteri Melaka

Muktamad!!! PH namakan Adly Zahari calon tunggal Ketua Menteri Melaka

Teka-teki siapa yang bakal dinamakan calon Ketua Menteri mewakili PH sekiranya memenangi PRN Melaka terjawab sudah.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini telah mengumumkan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka PH selepas dipersetujui oleh semua komponen parti.

“Kita telah tonjol pemimpin yang pernah pimpin kerajaan PH di Melaka 22 bulan sebelum ini

“.. dengan itu muafakat dan konsensus ialah meneruskan komitmen sama dengan menamakan saudara Adly sebagai calon Ketua Menteri PH kalau kita menang,” katanya ketika ucaptama sempena pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan hari ini, seperti dilaporkan portal akhbar FMT.

Dengan pengumuman itu, segala desas desus mengatakan terdapat nama lain bakal dicalonkan selain Adly secara tidak langsung berjaya dihentikan.

Sebelum ini, selain Adly tular beberapa nama lain dikaitkan mengisi jawatan tersebut. Antaranya bekas KM Melaka sebelum Adly, Idris Harun dan calon DUN Paya Rumput, Shamsul Iskandar kedua-duanya dari PKR.