Muktamad!!! Umno, PH, PEJUANG, MUDA, Warisan, PSB dan UPKO keluar kenyataan tolak tawaran kerjasama Muhyiddin

Muktamad!!! Umno, PH, PEJUANG, MUDA, Warisan, PSB dan UPKO keluar kenyataan tolak tawaran kerjasama Muhyiddin

KENYATAAN MEDIA

UMNO mengucapkan penghargaan atas pengakuan YB Pagoh yang akhirnya secara terbuka bahawa beliau sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Dengan pengakuan ini, maka YB Pagoh sudah tiada lagi keabsahan untuk menjalankan tugas-tugas selaku Perdana Menteri yang sah sebagaimana Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

Selaku Ahli Parlimen yang berpegang kepada sumpah jawatan untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan, YB Pagoh tidak wajar merampas kuasa KDYMM Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan urusan pelantikan Perdana Menteri.

UMNO tidak boleh mempertimbangkan segala tawaran daripada seorang yang sudah tiada keabsahan, apatah lagi bersifat sogokan terbuka dan terdesak hanya untuk memanjangkan hayat politiknya.

UMNO menasihatkan agar rakyat dapat bertenang sehingga KDYMM Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tugas dan tanggungjawab Perlembagaan baginda di bawah Perkara 40(2) untuk melantik seorang Perdana Menteri baharu dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.

UMNO merakamkan penghargaan setingginya kepada 15 Ahli Parlimen UMNO yang setia dan istiqomah mempertahankan pendirian parti untuk terus membela Institusi Raja dan Perlembagaan Negara.

AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

13 Ogos 2021

BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT

13 Ogos 2021

PAKATAN HARAPAN TOLAK TAWARAN MAHIADDIN, BELIAU MESTI LETAK JAWATAN

Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan bahawa perutusan khas Tan Sri Mahiaddin Md Yassin hari ini adalah pengakuan terbuka bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ini mewajibkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dilaksana, di mana beliau hendaklah meletakkan jawatan.

Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang mengaku kehilangan sokongan majoriti namun secara terang-terangan terus menagih sokongan Pembangkang.

Ini juga kali pertama seorang Perdana Menteri yang tiada keabsahan menawarkan rasuah secara terang-terangan dalam siaran televisyen langsung di hadapan seluruh rakyat Malaysia.

Lebih dari itu, apabila Tan Sri Mahiaddin berkata “tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat,” beliau dengan jelas telah membelakangi fungsi dan kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mengambil pendirian untuk menolak keras segala tawaran tidak ikhlas Tan Sri Mahiaddin yang sepatutnya dibuat lebih awal dan bukannya di penghujung hayat politik beliau. Tumpuan seharusnya diberi untuk menyelamatkan rakyat dan bukan kerjaya politik beliau.

Sebaliknya, Pakatan Harapan memilih untuk bersolidariti dengan rakyat yang sedang menderita akibat pandemik COVID-19. Kami berkeyakinan bahawa kami mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik, terutama untuk menangani pandemik COVID-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan rakyat dan mata pencarian.

YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

 

KENYATAAN MEDIA

Pejuang akan terus kekal berprinsip dan dengan tegas menolak tawaran yang dibuat oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Tawaran ini ibarat rasuah jawatan demi mendapatkan sokongan yang hanya menguntungkan diri beliau sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh, ini usaha terdesak Tan Sri Mahiaddin bagi mengekal kuasa dengan cara yang cukup tidak bermaruah.

Beliau tidak berhak membuat tawaran seperti itu kalaupun mempunyai keabsahan sebagai Perdana Menteri, apatah lagi setelah hilang sokongan majoriti.

Tan Sri Mahiaddin sepatutnya menghormati Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dan meletakkan Jawatan sebagai Perdana Menteri.

DATO SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR

PRESIDEN

PARTI PEJUANG TANAHAIR

13 Ogos 2021

 

KENYATAAN BERSAMA PARTI MUDA PARTI WARISAN SABAH, PARTI SARAWAK BERSATU DAN UPKO
13 OGOS 2021

1. Kami sekeras-kerasnya menolak tawaran politik yang dibuat olen Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pengumuman Khas sebentar tadi

2. Sejak dan tahun lepas lagi, parti-parti Pembangkang telah membuat cadangan untuk menstabilkan kerajaan melalui Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (“Confidence and Supply Agreement). Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan melalui pintu belakang, kami bersedia untuk bertolak ansur demi kemaslahatan dan kebajikan rakyat. Namun Tan Sri dengan sombong telah menolak segala tawaran pembangkang.

3. Sejak dari hari pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, beiau telah dengan sewentang-wenangnya menyalahgunakan undang-undang demi kuasa.

4. Keangkuhan Tan Si Muhyiddin untuk kekal berkuasa dengan cara membeli Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri telah mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Johor.

5. Kami cukup jelik dengan hipokrasi yang ditunjukkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pengumuman Khas sebentar tadi terutama sekali apabila beliau cuba untuk membeli sokongan menerusi reformasi Akta Lompat Parti sedangkan kerajaan bellau telah dibentuk dengan Ahli-Ahli Parlimen yang melompat parti setelah menerima tawaran dan sogokan.

6. Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa bukan tanggungjawab Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memastikan kewujudan sokongan majoriti pada mana-mana Ahli Parlimen sebelum meletakkan jawatan.

7. Kami mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan dengan cara terhormat dan benarkan proses demokrasi berjalan semula.

8. Segala cadangan reformasi yang kononnya dibentangkan oleh Tan Sti Muhyiddin Yassin boleh diangkat dan dibawa ke Parlimen olen Perdana Menteri baru yang mendapat sokongan majorti Dewan Rakyat dan BUKAN daripada Perdana Menteri pintu belakang.

9. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu letak jawatan dengan kadar segera.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
PRESIDEN MUDA

DS Mohd Shafie Bin Apdal
PRESIDEN WARISAN Sabah

DS Wilfred MadiusTangau
PRESIDEN UPKO

Baru Bian
PRESIDEN Parti Sarawak Bersatu

Ahli Parlimen Warisan Sabah

Yb. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang)

Yb Datuk Mohamaddin Bin Ketapi (Lahad Datu)

Yb Datuk Mohd Azis Bin Jamman (Sepanggar)

Yb Puan Isnaraissah Munirah Bt Majilis @ Fakharudy (Kota Belud)

Yb Tuan Ma’mun Bin Sulaiman (Kalabakan)

Yb Tuan Haji Ahmad Bin Hassan (Papar)

Yb Datuk Rozman Bin Isli (Labuan)

Ahli Partimen Parti Sarawak BERSATU

1. Yb Dato’ Masir Kujat (Sri Aman)