Mulanya sekadar jadi pembuat topi, jejaka ini akhirnya muncul kuasai sektor utama industri pemotoran

Mulanya sekadar jadi pembuat topi, jejaka ini akhirnya muncul kuasai sektor utama industri pemotoran
Helmet Arai.

Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi dah, rata-rata ramai tahu. Terkenal dengan kualiti dan design yang cantik, mungkin ramai tak tahu founder helmet Arai, iaitu Hirotake Arai, sebenarnya adalah pembuat topi (hat).

 

Sumber – www.araiautohelmets.com

Macam mana boleh “terjebak” dengan helmet pulak?

Sebenarnya dalam masa yang sama Hirotake Arai ni suka bawak motor. Enthusiast rider lah orang cakap. Dia ada lah geng motor dia yang dia selalu bawak. Kira memang fanatik lah dengan motor.

Tapi masa tu dekat Jepun tak ada company pun yang buat helmet yang berkualiti tinggi. Semua helmet pun, sekadar helmet je lah.

Hirotake Arai risau dengan helmet sedia ada ni, sebab tak ada standard kualiti dan kalau jadi apa-apa, bahaya. Jadi dia cuba hasilkan sendiri helmet yang tahan lasak, berkualiti tinggi untuk keselamatan dia dan kawan-kawan dia.

Tapi ye lah, nak buat helmet ni bukan macam dia buat topi. Berbulan-bulan dia try and error, bereksperimen untuk dapatkan cengkerang helmet yang betul-betul tahan hentakan.

Akhirnya dia buat “double quality check” untuk periksa setiap cengkerang helmet. Sampai ke hari ini, setiap helmet Arai diperiksa oleh dua orang “shell experts” yang berbeza supaya kualiti cengkerang helmet tu menepati piawaian yang ditetapkan.

Tapi helmet Arai ni bukan setakat tu je.

Bila berlaku kemalangan, helmet Arai mampu uruskan tenaga hentaman dan memperlahankannya dalam jarak pendek antara pelapik dan topi keledar dengan efisyen.

Arai guna bahan EPS yang terbukti mempunyai prestasi terbaik. Ia mampu serap banyak tenaga hentaman dalam ruang sangat kecil, tapi ringan. EPS ni senang cakap macam “airbag” lah kalau dalam kereta.

Arai kemudiannya memperbaiki lagi helmet dia dengan mempelopori konsep pelapik pelbagai ketumpatan untuk serap tenaga hentaman berbeza di kawasan berbeza di sekeliling topi keledar. Benda ni bolehkan helmet Arai terima hentakan maksimum walupun pelapik nipis je.

“Sebab utama Hirotake Arai buat helmet bukan untuk duit, tapi mahukan helmet yang berkualiti untuk lindungi dia & rakan rider”.

Bermula dari situ, Arai terus mendapat perhatian dunia, terutama dari enthusiast rider yang memang pentingkan kualiti terbaik. Walaupun dah bagus, Arai tetap improve kualiti helmet dari masa ke semasa – sama seperti inspirasi founder dia yang nakkan helmet berkualiti untuk keselamatan rider, bukan duit semata-mata.


#CatatanZunitaDiJepun

Sumber – FB Zunita Ramli