Muncul di persembahan Famili Duo, kain belah sampai peha Amyza Aznan jadi bualan

Muncul di persembahan Famili Duo, kain belah sampai peha Amyza Aznan jadi bualan

Penampilan pelakon, Amyza Adnan di program Famili Duo ketika persembahan pasangan adik beradik, Yamani Abdillah dan Zaki Abdillah telah mengejutkan penonton.

Terkejut penonton!

Mana tidaknya, dia yang memakai dress labuh terlihat begitu seksi apabila belahan kain hampir melepasi paras peha.

 

Umur dah segitu beringatlah

Perkongsian bingkisan video ketika Yamani dan Zaki membuat persembahan yang dimuat naik di Instagram TV3 telah mendapat komen negatif yang kebanyakannya mengkritik pakaian Amyza.

Dia yang tampil di pertengahan persembahan menjadi cameo dan berjalan mengeliling pentas dengan pakaian yang agak menjolok mata.

Dunia akhir zaman

Macam tak pakai legging je?

Tak ada garis panduan nak keluar TV ke?

Keterlaluan betul pakaian dia

Pakai seluar warna kulit katanya

Walau bagaimanapun, pelakon drama Rindu Kasih ini menyatakan yang dia memakai seluar berwarna kulit dan tidak berapa kelihatan di ruangan komen posting yang dibuat di Instagram.

 

 

Dalam persembahan yang dibuat oleh anak-anak penyanyi tersohor Tanah Air iaitu Datuk Jamal Abdillah itu, Amyza telah membuat penampilan istimewa apabila menyorok di sebalik tirai dan hanya menampakkan bayang-bayangnya sahaja.

Di pertengahan persembahan yang dilakukan oleh Yamani dan Zaki, pelakon itu telah muncul dan mendapat sorakan gemuruh daripada penonton.