Mungkir janji lompat parti, Zuraida disaman RM 10 juta

Mungkir janji lompat parti, Zuraida disaman RM 10 juta

PETALING JAYA: PKR hari ini membuat tuntutan sebanyak RM10 terhadap bekas naib presiden, Zuraida Kamaruddin, kata Bendahari Agung Lee Chean Chung.

Tuntutan itu berdasarkan jamiman Zuraida sebelum ini, yang bersetuju untuk membayar RM10 juta kepada parti, sekiranya beliau melepaskan keahlian parti, menyertai parti politik lain, atau menjadi wakil rakyat bebas.

Mengikut syarat-syarat bon itu, kata Lee, Zuraida mengakui parti menanggung perbelanjaan yang besar dari segi promosi nama Parti Keadilan Rakyat dan penggunaan lambang dan tanda parti, yang bernilai lebih RM10 juta.

“Parti melalui peguam mengeluarkan surat tuntuan bertarikh 7 Ogos lalu, meminta Zuraida membayar RM10 juta, sesuai dengan syarat-syarat yang ditetapkan bon tersebut,” kata Lee dalam kenyataan.

“Zuraida gagal, tidak mahu, dan/atau mengabaikan bayaran RM10 juta itu. Demikian itu, parti memfailkan tuntutan terhadap Zuraida pada 28 Sept bagi menuntut jumlah itu.”

Menurutnya, peguam PKR berusaha menyerahkan surat tuntutan kepada Zuraida pada 30 Sept dan 1 Okt tetapi gagal berbuat demikian.

“Peguam parti pada 10 1 Oktober menulis kepadanya meminta beliau melantik peguam untuk terima bagi pihaknya.”

PKR juga merancang untuk membuat tuntutan terhadap 22 bekas wakil rakyatnya.

Zuraida bersama 10 ahli Parlimen lain mengumumkan peletakan keahlian masing-masing pada 10 Feb. Ini disusuli dengan resolusi majlis pimpinan pusat PKR membatalkan keahlian Zuraida berkuatkuasa serta-merta.

 

Sumber : FMT